Saturday, January 28, 2012

Percayakah anda harga emas akan menuju kembali ke paras USD1800/oz Februari 2012

9:05 am (Malaysia Time)
Ahad, 29 Januari 2012



Hari ini posting PE ingin menumpukan sasaran harga emas dalam bulan Februari 2012 menuju paras USD1800.00/oz seterusnya harga emas domestik akan menuju harga di atas USDRM210.00berkenaan kenaikan harga emas pada bulan Februari 2012 pada paras lebih RM200/gram.

Rumus data dari PE berkaitan dengan jangkaan kenaikan harga emas tersebut ialah:

  • Terdapat jutaan saham emas dan pelabur emas yang diwujudkan dan melekat dengan komoditi ini
  • Permintaan vs penawaran
  • Kadar faedah yang rendah dan hampir sifar dikebanyakan negara
  • Jangkaan tokoh popular George Soros bahawa politik, ekonomi dan sistem kewangan dalam huru-hara
  • Kenaikan harga minyak mendorong kenaikan kadar inflasi dan harga emas dengan pantas
  • Iran dan India menggunakan emas dalam dagangan minyaknya
Huraian faktor-faktor dinyatakan sebagai berikut:

Terdapat jutaan saham emas dan pelabur emas yang diwujudkan dan melekat dengan komoditi ini.

Ini disebabkan komoditi ini merupakan logam yang dapat menyelamatkan nilai wang milikan mereka buat jangka masa yang panjang. Dalam keadaan ekonomi dan krisis matawang global ini, emas merupakan aset yang paling mengembirakan semua pelabur.


Sepanjang bulan Januari 2012 sehingga pasaran ditutup pada 27 Januari 2012, PE telah menyaksikan secara realiti bahawa faedah ke atas pelaburan emas ialah lonjakan kenaikan harga emas dunia sebanyak 11.07%.

Fenomena ini sebenarnya di luar jangkaan PE, kerana PE hanya mensasarkan kenaikan harga emas dalam bulan Januari 2012 antara 5% hingga 6% setelah mengambil kira gangguan perayaan Tahun Baru Cina di dalam dan di luar negara selama tiga tahun berturut-turut (2009, 2010 dan 2011).

Kesan kenaikan ini kurang dirasai oleh pemilik emas fizikal tetapi lebih kepada pemain forex emas pelbagai platform dalam dunia masa kini. Jika melibatkan diri dengan kedua-dua produk berkenaan kita akan dapat pulangan paling maksima.


Foto: antara stok emas 999 Group PE


Rajah : Hasil trading gold dari 1 hingga Januari 2012 USD1097.86 x RM3.00=RM3513 (sold out)


Permintaan vs penawaran

Mengikut pokok emas (gambar) jika kita selidiki secara mendalam kita akan mendapat maklumat bahawa penawaran emas dalam perut bumi adalah terhad dan permintaan emas sebahagian besarnya dibekalkan melalui kitaran semula emas yang sedia ada di atas muka bumi.


Dalam kes permintaan ini, PE cuba highlightkan unjuran permintaan emas sepanjang suku tahun ketiga pada tahun 2011 yang diambil dari web world gold council.

Statistik Permintaan S3, 2011

  • Permintaan emas global pada suku ketiga 2011 meningkat 6% dengan jumlah 1,053.9 tan berbanding 991.1 tan pada suku tahun sama 2010. Dari segi nilai catatan rekod US57.7 billion berbanding US45.7 billion pada suku sebelumnya
  • Harga purata suku tahun ketiga meningkat 39% kepada US1,702.12/oz dengan rekod baru pada paras US1895/oz (London PM fix ) pada 5 dan 6 September 2011.
  • Permintaan pelaburan emas global mencapai 468.1 tan meningkat sebanyak 33% berbanding 352.1 tan pada suku tahun sama sebelumnya. Nilai meningkat naik kepada US25.6 billion berbanding US13.9
  • Permintaan jongkong dan wang syiling emas pada suku ketiga meningkat 29% berjumlah 390.5 tan metrik daripada 303.0 tan metrik pada suku ketiga tahun 2010 membawa nilai US21.4 billion (2011) dari US12.0 billion (2010)
  • Gold ETP membawa aliran masuk 77.6 tan meningkat sebanyak 58% berbanding pada volume awal 49.1 tan metrik.
  • Permintaan barang kemas emas global 465.6 tan (suku ketiga 2011) menurun 10% dari jumlah 2010 (518.9 tan metrik). Berbanding nilai permintaan pada tahun 2011(US25.5 billion) menaik 24% daripada 2010(20.5 billion) (Kes ini disebabkan kenaikan harga emas domestik di India dan negara-negara Timur Tengah mendadak naik pada tahun 2011)
  • Permintaan industri pembuatan permintaan emas daripada sektor teknologi global mengekalkan daya tahan yang tidak berubah dari setahun ke setahun pada kadar 120.2 tan metrik. Rekod permintaan dalam industri elektronik bersamaan US4.8 billion

Kadar faedah yang rendah dikebanyakkan negara

Kadar faedah yang rendah sangat diperlukan oleh setiap pelaburan emas untuk menjadi popular. Ini bagi memastikan kos pengeluaran emas dan pinjaman tunai memberi keuntungan maksima. Selain untuk merancakkan sektor ekonomi lain, pelaburan emas juga boleh turut tumpang sama.


Jangkaan tokoh popular George Soros bahawa ekonomi, politik dan sistem kewangan menjadi huru-hara

Kenaikan harga minyak mendorong kenaikan kadar inflasi dan harga emas

Emas tetap emas dan tetap paling bernilai. Kenaikan harga minyak akan mendorong kenaikan kadar inflasi dan harga emas semasa. Sebagai contoh dari maklumat berikut kanaikan harga minyak pada tahun 2011 telah menolak kenaikan harga makanan di Malaysia dalam tahun 2011.


Soalnya kita tidak merasakan kenaikan ini disebabkan adanya peruntukan subsidi kerajaan setiap tahun. Bagaimanapula pada tahun 2012. Dimanakah kedudukan harga makanan di Malaysia pada tahun 2012 jika minyak naik pada paras RM130/tong? Sudah pasti akan menyamai atau melebihi paras pada tahun 2008 jika benar harga minyak akan meningkat.


Bagi menyerap asakan harga makanan, PE sarankan mulakanlah simpanan emas anda dari sekarang walaupun hanya untuk 1 gram/bulan. Hargapun sekarang dah mencecah RM230.00 pada harga Pendita Emas(tiada potongan harga)

Iran dan India menggunakan emas dalam dagangan minyaknya (2012)



Terbaru laporan berita dari laman web berita Israel DEBKAfile menyebut bahawa India dan Iran memeterai perjanjian pembelian minyak Iran dalam bentuk emas.

Butiran transaksi kapasiti perdagangan dipersetujui oleh kedua-dua negara ialah bekalan minyak bernilai 12 billion dollar dengan pertukaran emas pada harga $1668 atas jumlah 7.2 juta auns emas. (Persetujuan ini tidak menjadi masalah kerana minyak dan emas didagangkan dalam nilai US dolar)

Dua bank terbesar yang tidak terlibat dengan perjanjian embargo

( Perjanjian embargo ertinya mana-mana bank yang berurusan dengan Iran akan tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam urus niaga yang berkaitan dengan institusi kewanganAmerika Syarikat atau Eropah)

menjadi perantara kepada kedua-dua pihak iaitu UCO Bank (milik Negara India) dan Halkbank Turki (milik kerajaan Turki)

Laporan berita lain memetik " ini berlaku sejurus Iran dan Rusia mengumumkan mereka akan menggunakan matawang mereka sendiri dalam perdagangan bersama berbanding US dolar."

"Bagi pegawai-pegawai EU, baru-baru ini telah mengumumkan sekatan minyak ke atas Iran bermula pada 1 Julai."

Kesan perdagangan menggunakan emas antara Iran dan India sudah pasti akan meningkatkan permintaan emas dunia seterusnya menolak naik harga emas dan secara relatifnya nilai US dolar akan mengalami deflasi.


No comments: