Friday, January 20, 2012

Terima kasih keluk kuning kerana mengikut harga harapan PE diakhir minggu ini

1:56 am (Malaysia Time)
Sabtu, 21 Januari 2012

Lama sudah tidak menemui teman-teman dalam blog ini.

Sibuk memanjang pada minggu ini dengan tugasan hakiki, melayan kehendak runner PE yang mahu mendapatkan stok emas fizikal, melayan jemputan, sesi bersemuka dengan rakan-rakan yang datang dari jauh bermula dari jajaran Bukit Bendera, Penang hingga ke Gunung Kinabalu.

Dalam minggu ini juga, alhamdulillah seramai 50 kes teman yang menghadapi masalah berarrahnu dapat diselesaikan oleh group PE terutamanya untuk rakan arrahnu di Johor.

Lupakan seketika kes berkenaan, posting malam ini PE just mahu mengucapkan terima kasih kepada pelabur antarabangsa kerana memberi sinar pada harga saham emas dunia yang PE sertai.

Alhamdulillah sasaran mengena apabila keluk harga yang diikuti menjadi pedoman untuk PE membuat ramalan harga emas masa depan dengan tepat atau hampir tepat.

Walau bagaimanapun PE tidak berniat untuk menghebahkan perincian bagaimana mahu membaca graf seperti di bawah ini.


Cuma apa yang kita perlu lakukan ialah membuat 'homework' dalam mempertahankan harga tinggi yang kita bida. Dalam kes ini walaupun PE telah membida harga emas pada USD1662 pada 19 Januari 2012 dan pagi tadi menjunam sehingga paras USD1645, jangan panik disebabkan patern harga minggu ini akan kembali memantul semula pada harga yang kita bida.

So bila dah melepasi harga bid berkenaan kita lepaskanlah disebabkan hari ini tepat jam 5.00am, Sabtu, 21.1.2012 merupakan masa terakhir untuk kita melihat pergerakan harga emas semasa berlaku secara aktif.

Rajah : Keluk trading gold dan profit diterima hari ini

Menyentuh patern harga emas minggu ini, jelas sekali patern harga emas adalah berlainan dari patern harga pada minggu-minggu sudah. Jika patern ini terus berlaku sehingga awal Februari 2012, ia merupakan saat-saat beerti bagi diri pelabur tegar seperti PE, senang kata perangkap harga yang dibuat dapat dilunaskan dalam masa kurang dari tiga hari dan tidak perlulah kita membuat "call margin".

Jika rakan-rakan bertanyakan macam mana patern keluk harga yang PE maksudkan, lupakan sahaja dan PE tidak mahu mengulas panjang lebar kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.

Apa-apapun, yang penting sasaran harga PE dapat dilepasi pada pagi ini. Thank God.

No comments: