Friday, January 27, 2012

USD1738 menjadi paras tertinggi pada 28 Januari 2012 dengan rekod kenaikan 11.07%

8:30 pagi (Malaysia Time)
Sabtu, 28 Januari 2012


Posting pagi ini PE mahu membuat rumusan berkenaan pergerakan harga emas pada minggu ini sekitar tarikh 23 hingga 27 Januari 2012.

Sasaran untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi pada sesi penutupan telah PE menangi dengan bukti trading gold yang PE bid pada harga USD1734 melepasi harga halangan USD1739 walaupun terdapat halangan disebabkan aktiviti pengambilan untung pada hari-hari terakhir.

Dengan keyakinan yang tinggi bahawa sasaran harga akan menuju USD1740, sebelum tidur PE rasa tidak ada kerugian jika menambat pada harga tinggi.


Hasilnya, penantian dalam mimpi memberi pendapatan kepada PE dengan membiarkan harga berlegar tanpa pemantauan dengan PE tidur nyenyak menghasilkan nilai USD33.40 x RM3.00 = RM100.20.

Nilai pivot yang PE gunakan pada hari terakhir minggu ini dalam menentukan harga emas pada ialah pada puncak USD1740:


Nilai pivot pilihan PE untuk dagangan saham emas bagi tempoh 5 jam ialah pivot Fibonacci dengan sasaran harga halangan R1, R2, R3 yang patut dilepasi dengan nilai masing-masing pada paras USD1738.44, USD1740.8 dan USD1744.62.


Prestasi kenaikan harga saham bermula pada 2 Januari sehingga 27 Januari 2012 mengikut penutupan harga emas dalam pasaran New York COMEX sebanyak 8.31% dengan perkiraan harga terendah USD1540 dan harga tertinggi USD1726.70.

Walau bagaimanapun kenaikan sebenar dari 2 hingga awal 28 Januari 2012 (Malaysia Time) ialah sebanyak 11.07%.


Faktor sokongan kenaikan harga emas minggu ini ialah:

Kenaikan nilai Euro berbanding USD selepas FED pengumuman pelonggaran faedah sehingga paras sifar sehingga 2015 bagi memacu ekonomi US dan global.


Dolar merosot secara menyeluruh selepas Rizab Persekutuan mengumumkan akan mengekalkan kadar faedah pada paras terendah sehingga 2014 dan permintaa data ekonomi yang kukuh seperti aset berisiko tinggi setelah dipenuhi ranjau.

Dolar US merosot masuk minggu kelima berbanding Euro akibat daripada kenyataaan Pengerusi Rizab Persekutuan , Ben S. Bernanke bahawa Fed akan melaksanakan terus "monetary accommodation" bagi memulihkan sektor pekerjaan atau dalam kes inflasi kekal bergerak di bawah paras mandat.

Peningkatan harga komoditi yang berterusan padaa minggu ini juga didorong atas jaminan Fed bahawa ia akan membekukan kadar faedah rendah sehingga tempoh yang lama.

Kes di Eropah juga memberi nafas baru ke atas ekonomi 21 negara kesatuannya iaitu terdapat laporan Greece sudah hampir mencapai perjanjian dengan pemiutang swasta untuk menyusun kembali hutangnya.

Pengekalan kenaikan harga emas memenangi persaingan pengambilan untung

Seperti pada minggu lampau, persaingan penggambilan untung dan pengekalan harga pada paras tinggi tetap berlaku. termasuk pada minggu ini tindakan kedua-dua belah pihak sangat agresif secara mikro dengan julat perubahan harga yang kecil makanya harga menjadi seolah-olah patern graf sideway jika dilihat secara makro

pandangan dari sudut mikro


Pandangan dari sudut makro.


Ringkasan sentimen mengikat kenakan harga emas

No comments: