Thursday, January 12, 2012

USD1660 Berlaku Jam 11:04 pm (Malaysia Time)

11:42pm(Malaysia Time)
Khamis, 12 Januari 2012

Posting malam ini menyentuh tentang harga usd1660 telah dilepasi pada jam 11:04pm waktu Malaysia. Gambaran harga ini telah pun PE highlightkan pada awal malam tadi. Klik sini

PE ada berpesan dalam posting harga pecah mini panggung USD1650 bahawa untuk mendaki harga USD1660 akan memerlukan beberapa anak tangga halangan mungkin tiga mungkin lebih untuk menuju ke paras USD1660. Berdasarkan graf harga emas semasa dapatlah PE nyatakan sebagai berikut:


1. Berlaku beberapa halangan harga bermula pukul 8.00mlm hingga 11.04 malam.
2. Terdapat 6 puncak berlainan harga, baru harga USD1660 dilepasi.
3. Selepas berlaku kenaikan berlaku pula harga menjunam. Ini membuktikan harga USD1660 merupakan harga psikologi yang perlu ditembusi dalam minggu ini. Kejatuhan ini disebabkan juga oleh kejatuhan Euro dan kenaikan harga dolar US.

Kesimpulan: Harga emas USD1660 telah membuktikan ia tercatat pada jam 11:04 malam 12 Januari 2012


No comments: