Wednesday, March 9, 2011

Inflasi Asia di peringkat bahaya

KUALA LUMPUR 8 Mac - Kenaikan harga minyak yang melepasi 20 peratus sejak dua minggu lalu meletakkan kedudukan inflasi Asia di peringkat bahaya, menyebabkan bank-bank pusat bergelut dengan tekanan kenaikan harga pengguna.

Bank of Thailand dan Bank of Korea akan meningkatkan kadar faedah pada minggu ini sebanyak 25 mata asas, satu jangkaan sederhana.

Rizab Persekutuan telah mengekang dari sebarang isyarat daripada bersedia mengangkat penanda arasnya kadar faedah daripada hampir sifar, mengukuhkan mata wang won Korea dan ringgi Malaysia berbanding dolar Amerika Syarikat.

Bank Pembangunan Asia berkata, ekonomi-ekonomi di rantau ini begitu kukuh untuk menerima kesan inflasi yang pantas.

''Rantau ini begitu cenderung kepada kejutan harga minyak dan makanan memandangkan peratus pendapatan isi rumah dibelanjakan untuk makanan dan pengangkutan,'' menurut Pakar Ekonomi Capital Economics (Asia) Pte, Vishnu Varathan.

Kontrak hadapan New York, Light Sweet bagi penghantaran April susut AS$0.70 (RM2.12) kepada AS$104.74 (RM317.36) setong.

Minyak Brent juga jatuh AS$0.64 (RM1.93) kepada AS$114.40 (RM346.6) setong

Pada masa yang sama, Varathan turut optimis dengan pengukuhan mata wang Asia dan dijangka terus meningkat berbanding dolar Amerika, dipacu oleh kenaikan kadar faedah.

Singapura yang menggunakan kadar pertukaran sebagai perkakasan utama polisi monetari, membenarkan mata wangnya meningkat 10.5 peratus berbanding dolar dalam tempoh 12 bulan.

Malaysia adalah negara pertama di Asia meningkatkan kadar faedah pada 2010 turut menyaksikan kenaikan ringgit 10.1 peratus.

Bagaimanapun, kenaikan mata wang won Korea kurang daripada dua peratus ekoran kecenderungan spekulasi kemasukan aliran tunai.

Semalam, penganalisis Standard Chartered Plc meningkatkan penarafan jangka pendek ringgit kepada 'pengukuhan' berbanding 'neutral' dengan jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) akan meningkatkan kadar faedah dan memperoleh keuntungan dalam yuan, menjadikan kenaikan kadar pertukaran 'boleh diterima' oleh badan pengawas selia Malaysia. - Bloomberg

No comments: