Wednesday, March 9, 2011

Senario Inflasi Masa Kini.

Salam,

Membaca berita pada hari ini telah memperlihatkan apa yang kita perkatakan dengan inflasi selama ini memberi khabar yang menakutkan apabila disalah satu surat khabar memaparkan tajuk "Inflasi Asia Diperingkat Bahaya".

Kesannya pihak kerajaan terasa bahangnya bila kenaikan harga minyak tidak diselaraskan subsidi akan meningkat sebanyak 4 billion. Begitu pantas tindakan pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.

Di pihak Kongress Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam( CUEPACS ) dalam petikan akhbar Utusan Malaysia m/s 25 dalam kolum dalam negeri di Sandakan menyatakan mereka akan mengemukakan empat tuntutan baru dalam usaha penambahbaikan perkhidmatan penjawat awam.

Ini termasuklah membuat semakan semula gred penjawat awam dan pemberian elaun wilayah, penyambungan kembali perkhidmatan pekerja kontrak di bawah Kementerian Pelajaran dan pemberian insentif semula kakitangan kesihatan yang berada dalam on call. Penyelarasan semula perlu seiring dengan peningkatan kos sara hidup semasa malah elaun wilayah tidak dikaji semula selama 17 tahun.

Jika semakan semula gred penjawat awam dan elaun lain yang diiktiraf akan menceriakan semua kakitangan yang terlibat.




No comments: