Tuesday, March 1, 2011

Tanda-Tanda Kejatuhan Sesuatu Pelaburan Dipanggil MLM

Salam,

Berdasarkan kepada pengalaman sesuatu skim pelaburan samada dalam bentuk infiniti, mlm atau apa sahaja program yang telah dilalui oleh pendita, beberapa tanda keruntuhan produk dalam pasaran adalah seperti berikut:

1. Kitaran hayat produk sudah berada ke tahap kepupusan.
2. Bekalan produk semakin lama semakin susut dan lambat diterima.
3. Perubahan skim pelaburan berubah setiap masa dalam tempoh sebulan.
4. Pembayaran komisen sengaja dilambat-lambatkan. Dan akan parah bila cek yang diterima adalah cek tendang.
5. Pemecahan dealer kepada beberapa puak. Puak yang dominan akan membuka jenama baru tetapi tidak dapat meninggalkan jenama yang lama senang kata akan menubuhkan company baru yang namanya seakan-akan nama company lama.
6. Jika menggunakan sistem komputer, penutupan laman web kerap berlaku dengan alasan sedang melakukan penyelenggaraan.

No comments: