Monday, March 21, 2011

Pelaburan Tomahawk Dalam Perang Di Libya Menguntungkan Amerikaenaikkan Harga USD dan harga emas semasa


Libya lumpuh



2011/03/21

BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi  musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis.
BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi,
semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis.
Tentera bersekutu bedil 112 Tomahawk dalam serangan awal pagi semalam. Kami tak pernah gentar: Gaddafi TRIPOLI: Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis melancarkan peluru berpandu Tomahawk dan membuat serangan udara terhadap beberapa sasaran di Libya awal pagi semalam, m
encetuskan kemarahan pemimpin negara Arab itu, Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan kawasan Mediterranean sebagai ‘medan perang.’ Jet pejuang Perancis lewat kelmarin memulakan serangan dalam operasi ‘Odyssey Dawn’ itu yang bertujuan menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang udara Libya selaras resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diluluskan Khamis lalu.


Fakta Roket Tomahawk


110 peluru berpandu telah diledakkan dibumi Libya pagi tadi(20/3/2011) dari udara dan laut.

BERIKUT latar belakang dan spesifikasi ringkas roket Tomahawk yang digunakan tentera Amerika Syarikat dan yang terbaru digunakan dalam serangan udara dan laut tentera Bersekutu ke atas Libya, awal pagi tadi.

Fungsi asas: Misil atau roket jarak jauh yang boleh dilancarkan dari udara dan laut untuk sasaran di darat
Kontraktor Pengeluar: Hughes Missile Systems Co., Tucson, Arizona, Amerika Syarikat.
Panjang: 18 kaki 3 inci (5.56 meter); Dengan pelancar kuasa (booster): 20 kaki 6 inci (6.25 meter) Berat: 2,650 paun (1192.5 kg); 3,200 paun (1440 kg) dengan pelancar kuasa.
Ukur lilit: 20.4 inci (51.81 cm) Saiz sayap: 8 kaki 9 inci (2.67 meter)
Jarak tembakan: Serangan darat 600 batu nautika (1,104 km) Kelajuan: Tahap 'subsonic' 880 km sejam
Sistem Panduan: Inertial dan TERCOM
Tarikh pembuatan: 1983
Kos: AS$500,000 seunit
Jumlah keseluruhan pengeluaran: 4,170 unit
Penggunaan: Pertama kali digunakan pada September 1995 ketika serangan di Bosnia dan setahun kemudian serangan di Iraq (Desert Strike).- BHOnline
Punca Serangan Yang Sebenar :

Kuasai minyak punca utama serangan
Sinar Harian Edisi Johor 20/3/2011

SHAH ALAM – Penganalisis politik
percaya serangan ketenteraan kuasa besar Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis ke atas Libya sejak kelmarin bertujuan menguasai minyak negara itu.

Pakar sejarah, Datuk Profesor Dr Zainal Kling berkata, walaupun Presidennya Muammar Gaddafi benarkan syarikat British menggali minyak, bukan bermakna mereka boleh menguasai keseluruhan sumber itu.

“Mereka ingin kuasai minyak dengan letakkan boneka pemimpin pilihan seperti mana yang berlaku terhadap kejatuhan pemimpin Hosni Mubarak di Mesir dan Saddam Hussein di Iraq.

“Serangan dilakukan untuk memastikan sumber minyak tidak terlepas kepada kumpulan Islam seperti al-Qaeda,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan nasib Gaddafi sama seperti Saddam yang akhirnya ditawan penentang sebelum digulingkan.

“Alasan serangan kerana Gaddafi melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan gencatan senjata tidak relevan dan menggunakan resolusi itu hanya untuk tunjuk kesahihan serangan itu wajar dilaksanakan,” katanya.

Penganalisis politik, Datuk Dr Ramlah Adam berkata, serangan kuasa Barat adalah strategi untuk menghancurkan negara Islam dan kuasai sumber alam.

“Ini kerana sumber minyak semakin berkurangan pada masa depan, lantas serangan ini mampu membantu mereka kuasai minyak sepenuhnya di Libya.:

“Kuasa Barat mahu jadikan negara Islam liberal supaya tunduk kepada arahan mereka, sedangkan Gaddafi mengkritik kuasa Barat secara lantang dan terbuka.

Menurutnya, rakyat Libya perlu membuat pilihan tepat, sama ada membiarkan jajahan kuasa Barat ke atas negara mereka atau bersama Gaddafi mempertahankan negara.

Semalam, tentera kuasa Barat membedil Libya dengan peluru berpandu Tomahawk dan serangan udara, menyebabkan Gaddafi isytiharkan kawasan Mediterranean medan pertempuran.

Mereka serang Libya dengan alasan Gaddafi menyerang kubu kuat pemberontak di Benghazi dan melanggar resolusi PBB yang mengenakan zon larangan terbang.

China, India dan Rusia bersikap berkecuali terhadap resolusi PBB itu.


Kesan Perang Di Libya

1. Harga minyak mentah menjadi tidak stabil sehingga enam bulan mendatang. Disebabkan
Terputusnya bekalan minyak mentah di pasaran antarabangsa
Baik pulih logi atai telaga minyak yang diletupkan
Simpanan stok penimbal minyak secara besar-besaran oleh negara pengeluar minyak dunia

2. Kos semua barang pengguna dan inflasi mengalami kenaikan mendadak disebabkan oleh kenaikan harga minyak dunia.

Lihat sahaja Malaysia terpaksa menyediakan subsidi sebanyak RM3.1 Billion hanya kerana minyak mentah dunia naik sehingga USD100.

Persoalannya adakah rakyat Malaysia menggunakan minyak dalam gred terbaik di dunia?

No comments: