Friday, March 25, 2011

JOM BERJUAL BELI EMAS DALAM INTERNET pada 25/3/2011

Salam,


Pada malam ini PE membuat eksperimen membuat pembelian dan penjualan emas ketika harga jatuh dengan menggunakan wang permulaan USD1050. Berikut adalah carta pembelian saham emas yang PE lakukan iaitu dinyatakan dalam carta di bawah pada jam 20:59 25 mac 2011.



Ilustrasi di atas telah memberi kefahaman yang jelas buat PE bahawa wang pelaburan sejumlah USD1050, rupa-rupanya boleh dihabiskan sepenuhnya untuk kita bermain saham emas. Pengalaman ini telah mencetuskan satu penemuan yang baru.

Persoalannya kenapa PE berkata begitu? Ini disebabkan upline PE dalam pelaburan ini tidak pernah membuat kajian seperti yang PE lakukan. Mereka hanya mengatakan bahawa kalau PE melabur 1 Lot sebanyak USD1050, PE hanya boleh bermain saham setakat 0.70 auns. Sebaliknya apa yang berlaku setelah kajian dibuat oleh PE? Inilah jawapannya:




Walaupun mereka telah mendahului PE dalam pelaburan ini, ilmu mereka masih belum mantap. Berdasarkan pengetahuan ilmu pelaburan emas, nampaknya PE lebih matang dari mereka.

Selepas melihat kenaikan harga emas sebentar nanti, PE akan membuat penjualan semula emas-emas tersebut sebentar nanti. Matlamat mahu membuat pembelian 10 saham berbeza sama nilai 0.1o aun.

Jelas pemahaman ini telah memberi peluang kepada PE untuk menjana keuntungan pada setiap masa melalui transaksi jual beli emas. pengalaman membuat harga ramalan sebelum ini dapat PE pergunakan. Ia sangat membantu PE sekarang.


Senang kata, pi jalan dengan cerita-cerita analisis teknikal harga emas yang diciplak atau saduran dari pakar-pakar negara barat. Sama kes masa belajar dahulu, jika kita ditangkap menciplak isi buku orang tanpa dinyatakan dalam sumber rujukan kita dicas plagiat kita akan ditahan skroll. Yang aneh, bagaimana hukuman pada mereka yang memperdengarkan celoteh mereka, pendengar siap kena bayar plak?

Terus terang analisis teknikal yang mereka lakukan tu semuanya berdasarkan gelagat harga emas yang sudah berlaku. Bukan harga emas yang bakal berlaku seperti yang PE lakukan selalu.

Bukan nak perlekehkan mereka, cuma kepada pelabur-pelabur rangkaian PE mari kita bangunkan minda kita sendiri membuat kajian atas pelaburan yang kita buat sendiri. Buat rujukan harga emas setiap masa. Insyallah anda semua akan berjaya.

Berbalik kepada pembelian hari ini, salah satu lot belian telah menikmati kenaikan 0.1. lihat jadual di bawah. Perlukah kita jual? Tangguhkan dulu.








Berdasarkan pergarakan harga warna hijau, pada malam ini dan pada penutupan minggu ini PE tinggalkan sahaja ruangan saham kerana harga emas semasa tidak membawa pulangan yang menarik. Ini bermakna jualan balik emas-emas akan dilakukan pada hari Isnin depan.

Harga dijangkakan akan bergerak secara malar kerana tidak ditemui lagi kepala ular senduk kecuali ada perubahan yang mengejutkan malam / pagi ini.


Alamak tangan gatal plak, juallah emas dibeli sebanyak USD11.47 sebab naik USD 0.02. Nie dia rekod jualan sebentar tadi


Simpanan modal kembali semula selain keuntungan di atas.


Kesimpulan pelaburan pada minggu ini:

PE mencadangkan pembelian emas baru perlu dibuat pada jajaran harga USD1425 hingga USD1432 dan elakkan pembelian harga emas baru pada jajaran harga emas di atas USD1440 jika mahu membuat keuntungan harian.

Ujian telah dibuat ke atas harga USD1442 hanya naik tinggi ke paras USD1445 telah gagal PE tawan pada malam tadi kerana ketiduran awal. Maka harga USD1422 masih kekal pada masa posting ini ditaip.


Jika diperhatikan pada harga we buy nampaknya tidak berpihak pada Pendita. Apa lagi peram ajerlah.

Tentu anda semua tertanya-tanya adakah dividen dibayar 14% juga jika wang pelaburan Pendita tinggal USD40.50.

Jawapannya ; Dividen anda tetap dibayar mengikut lot yang anda beli, ini bermakna jika anda membeli 1 lot dengan harga USD1050 (RM3570.00) bermakna dividen bulanan anda dibayar 14% x USD1050=USD147 x RM3.20 =RM470.40.

Berapa pula had minima pengeluaran dan bagaimana mahu transfer?

Untuk makluman had minima pengeluaran ialah USD500.00 terus ke akaun peribadi. Jika tidak cukup USD500.00, jual ajerlah USD kepada upline yang ada wang tunai. Anda akan dapat mengosongkan serta merta akaun anda jika berbuat demikian.

Berbalik pada harga tumpuan untuk belian saham emas pada harga USD1425 hingga USD1435 inilah masanya. Harga emas sudah USD1429.


Anda tentu suka jika anda mempunyai keupayaan meramal harga masa depan. Nah lihat carta harga di bawah ini. Wowww harga tambah jatuh ke USD1426.00. Pendita sarankan beli harga emas pada USD1425 hingga USD1435 kan tadi, apa lagi belilah menggunakan platform pelaburan Emas Pendita. Rugi tak belikan.



A ahhh, jangan tunggu lama-lama harga emas dah jatuh pada USD1425 seperti yang PE nyatakan sebentar tadi. Nak bukti lihat carta di bawah ini. Senang kata PE siapkan cara, masa bila nak beli dan bila nak jual. Masa sekarang adalah masa membeli.


Nah dua harga baru yang Pendita beli sebentar tadi. Pertama pada harga USD1431 dan kedua pada harga USD1428.



Jika harga jatuh setelah membuat pembelian, kita tunggulah sehingga harga baru melepasi harga belian kita. Contoh lihat rajah di bawah:



Moral: Rasa tersangat seronok bermain saham emas ini kerana spreadnya USD1./oz. Macam makan kuih lompat tikam.

1 comment:

Anonymous said...

Tuan PE, sekali imbas ini macam pelaburan SwishCash. Ada kaitan tak dengan sistem piramid?