Thursday, September 30, 2010

Cara Menjadi Agent Public Gold Bawah Pendita Emas

1. Baca info semua posting yang telah saya tulis dalam blog pendita.
2. Fikirkan keberkesanan dan faedahnya
3. Call dan bincangkan proses menjadi agen.
4. Lock harga emas semasa
5. Isi form pendaftaran agen baru

Harga Ujian Malam Ini Pada Harga RM2972.00 Bagi Emas Jongkong 20 gram

Salam,

Rasanya ramai yang tersirap kepala, terkejut dan tersentak dengan penyiaran berita harian mengenai iklan promosi Public Gold diikuti dengan kenaikan harga ujian emas 20 gram pada RM2971 dan 1 Dinar kepada RM615 awal malam tadi.

Maka ketika berada di dewan kuliah komputer UTM, tak henti-henti telefon ku berdering untuk membuat lock harga secara runcit dibuat oleh pelanggan secara tergesa-gesa untuk mengelakkan harga emas 20gram berada pada paras RM3000.00 dan dinar berada pada paras RM620/pc.

Semuanya saya layan dengan baik, walaupun ada dikalangan mereka adalah rakan yang memandang sepi atas aktiviti pelaburan emas yang aku jalankan sebelum ini. Rakan tetap rakan, pelaburan tetap pelaburan. Jangan tanya berapa emas saya ada, tetapi saya mau tau berapa puluh ribu dalam poket anda ada.

Lumrah dunia, bila sesuatu yang baik meledak atau boom ia mula akan menyedar dan menyetap hati manusia dengan penyesalan untuk menerima. Namun semuanya sudah terlambat. Kita telah ditinggalkan peluang yang datang sekali dan laluan harga emas yang berliku-liku tetapi memberi sinar harapan akhirnya iaitu harga yang mantap.

Semuanya kerana persepsi dan penerimaan berbeza setiap orang terhadap sesuatu perkara.Penerimaan manusia adalah berbeza secara lumrahnya.

Salam Satu Dunia



Salam buat semua pengunjung blogger pendita emas,

Hari ini merupakan hari yang bersejarah apabila syarikat pendita emas milik penditaemas999.blogspot.com telah didaftarkan dalam merchantshub.com yang berpengkalan di Singapura.

Laman web ini berfungsi menyediakan direktori perniagaan dan untuk mengetengahkan syarikat tempatan Malaysia bersaing di persada dunia dalam bidang perniagaan yang diceburi



Wednesday, September 29, 2010

NEW YORK GLOBEX DAN NEW YORK MYMEX KAMI TUNGGU HARGA EMAS TINGGI DI SINI

INFO KEPADA PELABUR BARU YANG AKAN MENGHADIRI SEMINAR PELABURAN ANJURAN PENDITA EMAS 2 OKTOBER 2010

Salam ,
Tip untuk menghadiri seminar pelaburan emas
Tarikh :2 oktober 2010,
Hari: Sabtu,
Masa: 8.00 malam,
Tempat: Jade Hall, TS Hotel Scientex.

1. Baca semua info dalam pendita emas sebagai panduan dan pengisian ilmu emas di dada.
2. Kosongkan minda bahawa hadir ke seminar untuk mencapai kesuksesan hidup dengan memiliki emas.
3. Sebagai orang Islam tak perlu tanya tentang zakat emas, kerana kalau melebihi 85 gram disimpan sepenuhnya dan cukup setahun memang patutlah keluarkan zakat.
4. Bulatkan tekad, jika mahu masuk menjadi agen bawah pendita emas, pendita emas terus lockkan harga semasa untuk tujuan menjadi agen.

KENAIKAN HARGA EMAS 3.42% UNTUK BULAN SEPTEMBER SAHAJA

Salam,

Pelaburan emas sangat mengasyikkan. Naik turun harga emas menjadi perangsang kepada kehidupan yang stabil dan menceriakan PELABUR EMAS. Sentiasa senyum riang dan tiada rasa kehilangan walaupun harga emas mengalami kejatuhan. Sebaliknya bila harga jatuh tau tau masuk seketul dua dinar dalam stok baru. Semuanya kerana tarikan komoditi ini sendiri.

Jika pada bulan Julai dan Ogos 2010 kita mendapat maklumat pengumpulan emas berjuta-juta ton di China sebagai simpanan peribadi rakyatnya diikuti dengan India yang menceritakan emas disimpan oleh semua peringkat isi rumah tangga negaranya, semalam kita dengar berita bahawa pengeluaran emas di Argentina tahun 2010 klik sini meningkat kepada 21% menjadikan komoditi emas sedang mendapat tempat di sisi masyarakat dunia secara total.

So apa tunggu lagi, kepada rakan-rakan pengunjung yang melayari laman ini buatlah keputusan yang bijak. Bertangguh-tangguh sebenarnya anda ditinggalkan oleh kenaikan harga emas yang mendadak.

Lihat carta harga yang dilampirkan di bawah ini. Cuba cari peratus kenaikan harga pada hari ini (30/9/2010) berbanding pada 1 September 2010.

Peratus (%) kenaikan harga emas dalam tempoh 1 bulan bagi bulan september 2010 ialah pada 1 September 2010 jam 1.15 pagi harga emas 20 gram RM2862.00. Pada 30 September 2010 semasa posting ditulis ialah RM2960.00 harga emas telah mengalami kenaikan sebanyak 3.42%.




Dan jika kita ambil harga emas yang tertinggi pada hari rabu 29/9/2010 RM2964. Dalam bulan september sahaja harga emas sudah naik sebanyak 3.56%


Kenaikan harga pada 3 bulan berbeza :Julai, Ogos dan September 2010.

Julai =RM2744.00, Ogos=RM2862.00 dan September =RM2960.00.

So antara Ogos dan Julai =4.30%, antara September dengan Ogos=3.42%, purata untuk kenaikan 2 bulan berbeza =3.86%



We SellWe Buy
20 gramRM 2744.00RM 2579.00
50 gramRM 6828.00RM 6452.00
100 gramRM 13591.00RM 12911.00
1 kilogramRM 135913.00 RM 129117.00

Harga emas 20 gram berakhir pada 31 Julai 2010 =RM2744.00

(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)(Last updated 20/07/10 12:50 AM)

We SellWe Buy
20 gramRM 2745.00RM 2580.00
50 gramRM 6832.00RM 6456.00
100 gramRM 13599.00RM 12919.00
1 kilogram RM 135992.00 RM 129192.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

-----------------------------------------------------------------------

SASARAN HARGA EMAS PADA PENGHUJUNG TAHUN 2010

Barrick says gold could ‘easily’ exceed $1,500/oz-Jan Harvey-Reuters


By Jan Harvey

BERLIN | Mon Sep 27, 2010 5:24pm IST

BERLIN (Reuters) – Barrick Gold, the world’s number one miner of the precious metal, said on Monday gold prices could “easily” outperform recent record highs to rise above $1,500 an ounce in the next year.

“From what we’re hearing, there are still significant new buyers coming into the market,” Jamie Sokalsky, the company’s chief financial officer, told Reuters on the sidelines of the London Bullion Market Association here.

(For Slideshow: Shopping for gold, click here)

“My view is that we could see much stronger prices still from here,” he said, adding: “I can see gold easily taking out new highs and going above $1,500 an ounce in the next year.”

Spot gold rose to a record high of $1,300 an ounce on Monday. Delegates at the LBMA meet were bullish on prices earlier on Monday, delivering an average forecast of $1,406 an ounce for this time next year.

Sokalsky said compared with where gold was in the early 1980s, at around $2,300 an ounce on an inflation-adjusted basis, prices still had substantial upside.

“Given all the factors that are there to support gold — macroeconomic factors, supply and demand factors, geopolitical tensions, a still-simmering sovereign debt crisis — I think the ledger has so many more reasons to buy gold that to sell,” he said.

He said the company’s recent closure of its hedges — forward sales of gold made to lock in prices of future production — meant it now had greater leverage to the rising gold price.

DEMAND SOARS

Demand for gold has soared in recent years as the financial crisis boosted the precious metal’s appeal as a haven from risk, while concerns quantitative easing may debase paper currencies have fuelled buying of bullion as an alternative asset.

Supply has struggled to keep pace, with central bank selling, once a significant source of bullion to the market, falling off sharply and scrap supply erratic despite rising prices.

Sokalsky reiterated Barrick’s output forecast of 7.6-8 million ounces for 2010, but said the company’s $500 million Cortez Hills mine, which went into production in the first quarter of this year, was likely to outstrip its current production target.

“The first two quarters have been great quarters for the mine, so we expect to exceed that guidance of 1.1 million ounces…probably in the neighbourhood of 5-10 percent,” he said.

Barrick’s cash costs for the year were likely to be at the upper end of its existing $425-455 an ounce guidance as rising gold prices increased royalty obligations, he added.

Nonetheless he said margins remain healthy. “We are seeing significant margin expansion,” he said. “In the second quarter our margin against cash costs was over $700 per ounce.”

He said when two projects currently under construction — Pueblo Viejo in the Dominican Republic and Pascua-Lama on the Chile-Argentina border — are in full production, they will contribute 1.5 million ounces a year for the first five years at cash costs below $200 per ounce.

“These are very good long-life projects that, once in operation, will look to lower our overall cost base,” he said.

(Reporting by Jan Harvey; Editing by Sue Thomas)

Source: http://in.reuters.com/article/idINIndia-51764420100927

KENAIKAN HARGA EMAS SETAHUN ANTARA 27/9/09 ~27/9/10

SUMBER:WWW.POKLI.COM

http://www.uncangemas.net/wp-content/uploads/2010/09/pg.jpg

HARGA PAGI KHAMIS 30/09/10 BERKEDUDUKAN MALAR DENGAN PENJUALAN DAN PEMBELIAN EMAS YANG SEIMBANG


Public Gold Malatop Di Johor

Salam,

Setelah mendiamkan diri bermain sendiri menjana wang melalui emas dengan teknik rempit, rahsia kami dari Pendita Emas dan Uncang Emas.net memberi khabar berita yang menakjubkan kepada masyarakat di Johor.

Sebelum ini jika pajakan emas dibuat, biasanya pelanggan akan meninggalkan emas masing-masing dalam kandang pesalah dengan hukuman tanpa tali atau gantung sampai mati. Akhirnya emas mereka berada dalam genggaman kami sebagai pembida dalam lelongan emas yang tergadai.

Peh beruntung betul kami dalam proses memenangi harga lelong kerana emas berkenaan bermula pada harga yang tercatat 12 bulan yang lalu. Maka harga pada harga murah.

Permulaan pendedahan jongkong emas Public Gold banyak persoalan perlu dijawab:
1. Tulin ke emas nie?
2. Boleh wat untung kew kalau pajak?
3. Penatlah nak wat rempit hari-hari macam pendita ajar.
4. Kalau jual semula dengan pendita bolehkan bila harga emas naik. Pendita akan kata ya.
5. Dapat kebenaran bank negara ke?
6. Hai kenapa harga rendah dari harga pasaran?
7. Malaslah nak joint kerana dah kena bedal dengan Etika Emas?
8. Ahhhh nie mesti MLM.
9. Aku nak masuk nie kena kaji dalam-dalam kerana tak mau tanggung risiko.
10. Kalau jadi ejen kena cari pairing tak?
11. Ada kelebihan ke bisness nie?

Jawaban bagi persoalan di atas akan kami jawab seperti berikut;
1. Emas PG adalah emas tulin dan mendapat pengiktirafan Malaysia book Record dan disahkan oleh Assiyer bertauliah.
2. Nak buat pajak atau tidak beli seketul emas walau disimpan bawah bantal tetap akan untung setahun , dua tahun dan tahun-tahun berikutnya jika tidak dijual. pajakan adalah alternatif cadangan dari saya.
3. kalau penat rempit hari-hari, buat mingguan, buat bulanan
4. Pendita sedia menerima jualan semula emas anda.
5. Bank negara meluluskannya.
6. Rendah harga kerana kos public gold telah diminimakan
7. kalau tak nak joint tiada paksaan. Info ini penyelamat anda di masa depan.
8. Tidak seperti MLM lain, bonus bagi setiap jualan hanya 1.5% sahaja untuk mengekalkan perjalanan sykt ini berterusan
9. Nak kaji apa lagi, macam perumpaan sudah terang lagi bersuluh, sudah diterangkan masih nak mengkaji-kaji. Baik lupakan hasrat nak jadi agen. kami tidak berminat menpelawa anda turut serta.
10. Jadi agen just nak beri keistimewaan yang disediakan syarikat. Bukan nak menaja berbatu-batu jauhnya.
11. Bisness nie adalah bis orang kaya, tak perlu cari orang, orang akan datang cari anda, anda boleh buat sombong tapi penuh berisi dalam poket. Jangan tanya berapa emas saya ada, tapi saya mau tanya sama anda berapa puluh ribu dalam poket anda sekarang.

Kesan jawapan tadi:
1. Ramai rasa seronok merempit emas. Bermula dengan satu dah pandai tukar skil buat double dan triple.
2. Hari raya merupakan hari benar2 benar bahagia, tak terasa langsung kering poket.
3. Dulu kata takut rugi, jual balik pada pendita. Tapi kini terbalik pulak ada tak emas murah pada pendita, saya nak belilah. Macam mana pula emas pelanggan bila ditanya dia menjawab mana boleh jual macam pendita ajar. akhirnya pendita yang melopong tak dapat emas murah dari pelanggannya.
4. Betul kata pendita, dulu saya pernah berfikir kenapa pendita melarang saya menjual emas yang ada pada masa lepas nanti rugi dan sarankan pajakkan ajer emas kerana emas naik sentiasa. terima kasih pendita atas ajaran pendita kerana saya sentiasa rasa untung atas pajakan dan kenaikan harga disertakan penerangan yang munasabah macam mana emas boleh naik selalu.

SELAMAT TINGGAL USD1200 DAN RM600 UNTUK 1 DINAR DAN 2899 UNTUK 20GRAM

Salam,
Harga dipenghujung Rabu jam 12:32 malam berkedudukan seperti berikut:


Harga baru bertapak pada atas USD1300

Rentaknya malar sahaja dan naik turun harga pada sekitar sen dalam usd tapi ringgit bagi RM.
Apa kata kita meriahkan lagi harga emas hari dengan lantunan yang lebih tinggi mencecah RM3000 bagi 20 gram dan RM620 bagi satu dinar. Rasanya melepasi jam 1.00 pagi harga emas akan mula memanjat tinggi. Kita biarkan permainan pelabur menguntungkan kita

Tuesday, September 28, 2010

Harga Emas Pagi Rabu (29/9/2010) Yang Menceriakan


Salam,
Bangun pagi ini, terasa seronok plak kita bila menjadi sebahagian dari pelabur emas semasa. Harga emas 20 gram sudah berada pada paras RM2963.00. Ermmm harga telah melepasi paras yang saya suka dan tetapkan pada minggu ini. Harga emas berada pada paras bertenang ketika ini dengan tujuan untuk melihat reaksi pasaran antarabangsa.

So mengikut pengalaman membuat analisa harga, harga ini adalah sesuatu harga yang tidak mustahil untuk dilepasi pada petang ini. Caranya market akan buat tekanan belian dan pada satu peringkat akan berehat untuk melihat kesan penawaran dan permintaan. Tekanan belian telah berlaku pada malam tadi selepas jam 9.00malam.

Kesannya beberapa peruncit public gold mengalami kerugian kerana tidak mengambil peluang buat pembelian emas 20gram pada harga RM2912.00 dan emas 1 dinar RM602.00. Ini disebabkan mereka cuba membuat untung yang lebih tinggi dengan membuat penangguhan pembelian.

Kejatuhan harga petang selasa adalah disebabkan oleh proses pengambilan untung, sudah pasti akan berlaku perebutan stok dalam pasaran. Jaminannya harga emas tetap akan naik.

Sebagai peruncit usah terikut-ikut sangat dengan gelagat pelabur emas bervolume besar. Segala harga emas semasa wajar kita rebut jika cash in lebat dalam tangan.

Untuk tujuan tersebut pada hari ini saya sedia menukar sasaran harga baru emas 20 gram kepada dua paras harga terkini:

1. Paras harga terendah masa kini =RM2960.00
2. Paras harga tertinggi masa kini = RM3000.00

Untuk harga emas 1 dinar

1. Paras harga terendah masa kini =RM610.00
2. Paras harga tertinggi masa kini = RM623.00

WOW JANGKAAN HARGA EMAS MENEPATI SASARAN HARGA YANG SAYA TETAPKAN PADA MINGGU INI




SALAM,

Sasaran harga sebenar yang ada persamaan sasaran harga emas untuk saya sendiri

Isnin 1 dinar bermain sekitar RM604 hingga RM607, 20gram 2930 hingga 2936

Selasa 1 Dinar RM602 hingga RM612 menyamai paras RM612 yang disasarkan dan 20 gram antara RM2912 hingga RM2960.00 menyamai sasaran harga RM2960 pada sesi perubahan hari selasa dan rabu.

Rabu jam 1 pagi , 1 dinar bermula RM 612 dan 20gram bermula pada paras RM2960.00 dan dijangkakan 1 dinar mencapai paras RM617.00 dan 20 gram melepasi RM3000 hingga RM3020.00

HARGA EMAS 20GRAM RM3000.00 DAN 1 DINAR RM620 PAGI NIE

HARGA TAMBAH RANCAK SELEPAS JAM 12.40 MALAM

YAHOO SASARAN HARGA 1 DINAR RM610 DAN 20GRAM RM2951 TERCAPAI JAM 11.40 MALAM SELASA

ALHAMDULILLAH SASARAN HARGA RM2950 bagi emas 20 gram dan RM610 bagi emas 1 dinar YANG DISASARKAN OLEH SAYA PADA MINGGU awal INI TELAH MENCAPAI SASARAN YANG DIKEHENDAKI PADA MINGGU INI berlaku PADA MALAM SELASA JAM 11.40 MALAM.

APA YANG MENARIK, RAKAN-RAKAN YANG MENERIMA NASIHAT SAYA SUPAYA MEMBELI EMAS PADA SIANG TADI PADA HARGA 2921 dan 2912 bagi emas 20gram MENGALAMI KEUNTUNGAN MENDADAK PADA MALAM INI.

Sudah pasti ujian akan dibuat pada paras harga RM3007.00 bagi emas 20gram dan RM613.00 emas 1 dinar akan cuba dilakukan pada pagi ini.

Monday, September 27, 2010

KATA-KATA HIKMAH TOKOH ISLAM YANG BOLEH DIGUNA PAKAI DALAM PELABURAN EMAS

Salam,

Menyingkap salah satu disiplin ilmu yang mengaitkan Sumber Manusia dalam hubungan sesuatu kumpulan yang kecil atau besar, kita akan bertemu dengan satu tajuk mengenai gelagat manusia dalam organisasi samada organisasi secara tidak formal atau formal.

Pelbagai gelagat manusia telah saya temui sepanjang saya terlibat dengan pelaburan emas sejak menjadi ejen public gold. Seterusnya membangun bersama Pendita Emas berdasarkan pengalaman saya bermain emas.

Beberapa gelagat manusia yang saya temui ialah:

1. Berminat tapi terpaksa pendamkan nafsu kerana tiada wang mencukupi.
Saranan saya: biar beli satu persatu tapi anda akan memiliki emas bertimbun, untung-untung roh yang ada pada emas memberi sinar harapan suatu hari nanti.

2. Ada wang tetapi hanya melihat sahaja.
Saranan saya: lupakan niat anda kerana pelaburan emas bukan pekerjaan sesuai untuk anda.

3. Nak masuk tapi bertangguh-tangguh.
Saranan saya: Simpan ajer wang kamu, maka kamu akan merasa kesan inflasi yang akan berlaku dalam masa 5 tahun dari sekarang.

4. Berlagak kaya tapi bebal, kata bergaji RM5000.00, bila nak bayar air teh susu hanya mencampakkan RM1.00 dan ditambah 30 sen lagi oleh saya.
Banyak soal jawab apa yang langsung dia tak faham sehingga 2 jam keluar dari perbincangan bertanyakan bagaimana pajak gadai boleh untung tapi bebal tak faham mengenai rempit yang dicadangkan oleh saya kerana tidak berusaha memahami dan membuat kertas kerja hingga memalukan diri sendiri diketawakan seorang budak berusia 11 tahun.
Saranan saya: Simpan sahaja wang fiat anda yang bersandarkan USD dolar. Anda seorang kedekut sebenarnya. Siapa ambil orang ini sebagai agen umpama sekam dalam padi lama-lama membinasakan diri penaja.

5. Bodoh sombong.
Sebelum beli emas, saya tunjuk cam mana nak merempit kalau setakat ada 1 dinar 6 ketul. Sebelum rempit akur dengan formula dicadangkan, bila ke pajak gadai dengan seketul dapat harga tinggi lawan kata pak guru akhirnya berlaku stak pusingan. Salahkan saya, sedangkan saya memberi cadangan atas pengalaman. Mereka tidak tau maksud cadangan.
Saranan saya: buatlah paperwork sendiri, jangan bergantung pada sumber yang ada, apa salahnya wang pajakan belikan emas, terpajak lagi semuanya fikirkanlah. Idea untuk menebus emas terpajak keseluruhannya dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Itu rahsia saya takkan semua nak diberitahu.

Dalam kes ini saya tertarik dengan seorang wanita tua yang menjadikan pajakan emas sebagai sumber kehidupan hari-hari tua, Kes perempuan tua menjadi iktibar pada saya supaya menyimpan emas dalam apa jua harga sebagai bekalan hari tua walaupun saya akan menerima pencen bulanan nanti itupun jika usiaku panjang.

6. Dah masuk jadi agen tapi tak pandai cari pelanggan dan sentiasa mengeluh rugi maka menyalahkan upline bila bisness tak menjadi.
Saranan saya: Tutuplah kedai, hubungi saya segera, saya akan beli emas anda semua dengan harga belian (WE BUY) seperti berikut;



7. Sentiasa memikirkan untung atau tidak melabur emas
belum beli, fikir untung ke melabur emas,
dah beli, fikir berapa pulak untung diterima,
dah pajak banyak ke untung dijana,
Saranan saya: Tak payahlah gunakan kaedah merempit kalau tak tahu memanipulasi. Biarkan sahaja emas anda terperam dalam simpanan anda selama 2 atau 3 tahun anda jual emas anda jika naik harga. Bayarlah zakat 2.5% jika emas anda melebihi 85gram, genap setahun dan milik penuh anda.

8. Kurang yakin tapi melakukan cadangan rempit dengan penuh berhemah
Alhamdulillah Cik Yat, berkat pertolongan Cik Yat raya nie paling seronok saya pusing satu Malaya cuti sekolah dan raya lepas. Balik ada lagi baki dan boleh wat tebus semula emas terpajak dengan segera.
Saranan saya:War-warkan hasil kejayaan merempit dan share dengan teman-teman rapat.

9. Minta idea dan panduan bagaimana nak selesaikan masalah mendapatkan modal menggunakan modal lima daripada tujuh jongkong emas yang masih terpajak dalam pajak gadai untuk membeli peralatan kedai stationary yang dilelong dengan nilai RM15,000.00 dengan tunai RM2000.00 sahaja ditangan.

Dia mahu jadikan pendita emas sebagai bapa angkat dengan sedikit bantuan wang tunai. Pendita emas tidak beri sesen pun, just berikan idea (umpama pengail diberikan joran) kepada rakan berkenaan dan alhamdulillah dia call dan mesej idea diberi berjaya selesaikan kes mendapatkan tunai dalam masa 2 hari membuahkan hasil pinjaman tunai RM10,000.00 dan pinjaman akaun untuk buat overdraf RM30,000.00 dalam tempoh 2 minggu. Wow laku juga idea saya.
Saranan saya :Pelbagaikan simpanan emas supaya income anda sentiasa terjana.

10. Menangguh-nanguhkan peluang yang terhidang. Dah ada customer nak beli tapi buat jual mahal tak angkat call dan balas sms. Bila lari ke teman sekumpulan marah pulak, merajuk, kata kawan makan kawan. Sedangkan harga emas naik setiap masa. Di pasaran luar agen lain tengah rakus mencari pelanggan. Ini pasaran terbuka sesiapa boleh menyapa dan menyapu.
Saranan saya: Be profesionallah, ini bukan barang kacang putih boleh tangguh-tangguh. Locklah dulu tak cukup barang contactlah networking, mental kena aktif beb tuk selesaikan masalah.

11. Kacang lupakan kulit perkara ini biasa berlaku, time susah hari-hari temankan kita bila diminta. Bila dah up sikit macam-macam alasan diberi. Yalah dah boleh cari sendiri. Tapi jangan lupa tiada seorang guru akan menurunkan ilmu yang dimilikinya 100%.
Saranan saya: Ikut resmi padi makin berisi makin menunduk.

12. Tiada wang tapi berminat terlibat dalam pelaburan emas. Ini sikap paling terpuji kerana membantu saya setiap masa dengan himpunan persen(%) diterima boleh beli dinar satu persatu, kemudian emas 20g. Silap-silap orang begini akan memotong orang yang dibantu sebelum ini.
Saranan saya: orang begini sesuai dijadikan teman kerana dia ramai contact dan jangan aniayai orang ini kerana ia akan menutup 9/10 pintu rezeki kamu. Silap-silap anda akan bermusuhan dan bermula dari 0 semula untuk membina kembali keyakinan

13. Melawan guru. Dalam sesuatu masa, kekadang guru tersalah langkah tapi berniat baik untuk menyelamatkan pelanggan yang tengah marah untuk mendapatkan barangan dikehendaki daripada berpaling arah. Tapi telah disalahertikan matlamat guru tadi. Kesannya cam mana nak berkat kalau ajaran percuma dibalas dengan caci maki.
Saranan saya: rezeki di tangan tuhan, terima apa yang ada.

14. Lokek ilmu ilmu adalah anugerah tuhan, jika kita dapat mengembangkan ilmu, banyak barokahnya dalam perniagaan. Dapat melebarkan networking dengan pantas, teman networking boleh membuat kerja sendiri dengan mudah, menjadikan rangkaian anda semakin aktif dan silap-silap sale terkumpul anda pada rangking tertinggi setiap bulan
Saranan saya: Boleh dedahkan ilmu anda sebahagian sahaja. Contoh macam saya, idea merempit yang didokumentasikan oleh saya adalah idea yang disampaikan sebanyak 30% sahaja, 70% anda kena praktikan dan menyelesaikan masalah anda.

15. Bertanyakan masalah merempit secara berulang kali menunjukkan anda tidak percaya dan yakin pada diri sendiri. Anda punya emas tapi anda tidak celik emas.
Saranan saya: Ubahlah nawaitu asal hanya mencari keuntugan memanjang, tuntutlah ilmu merempit emas dengan baik. Kenali emas dahulu dari segi sejarahnya, insyallah tiada masalah dalam dunia yang tidak boleh diselesaikan terutama jika hanya melibatkan perkara kecil iaitu pusingan emas anda stak.

16. Suka mengambil tahu hak milik seseorang akhirnya terkedu bila soalan sama ditanya semula

pelanggan kaya: En jual emas ya, berapa gram emas yang encik ada sekarang?

agent PG: Puan jangan tanya berapa emas saya ada, tapi berapa puluh ribu wang yang puan ada sekarang?

Suami pelanggan: Tulah, gelojoh sangat bertanyakan hak milik orang

Pelanggan kaya : tersipu-sipu malu.

Agent PG: Baiklah lupakan hal tu kita terus ke tujuan asal puan panggil saya sampai muktamad.

Agent PG: Puan tanya saya tadi berapa emas saya ada? (setelah selesai perbincangan). Nah kira sekarang emas dlm plastik nie (agent keluarkan 12 ketul emas 20g dari poket kanannya) darab dengan RM2850.00

Pelanggan kaya : Spontan menjawab RM34,200.00 dengan rasa tidak percaya.

Agent PG: So Puan ada berapa puluh ribu sekarang? RM20,000.00 boleh jadikan puan agent malam nia juga.

Pelanggan kaya: Maaflah dik, akak tersilap tadi. Esok datang ambil wang untuk pendaftaran saya sebagai agent ya.
------------------------------------------------------------------------

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.-Saidina Ali bin Abi Talib

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina Ali bin Abi Talib

Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi Thalib

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab

Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya – Khalifah Ali bin Abi Talib

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata
lemah-lembut -Khalifah Umar al-Khattab

Manusia berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat..Khalifah Umar al-Khattab



SASARAN HARGA EMAS 20GRAM MELEPASI RM2950(147.50/G)






Salam,
Harga emas pada hari ini telah dibuka dengan jajaran harga yang tinggi bermain diantara RM2935 hingga RM2939 bagi emas 20 gram 999.9 seperti yang berlaku pada hari terakhir minggu lepas.



In sudah pasti selepas jam 8.00 malam ini harga emas akan naik mendadak melepasi atau menyamai sasaran harga yang saya jangkakan pada RM2950 bagi gold 20 gram. Saya nasihatkan sesiapa yang mahu membeli emas pada harga sekitar RM2930 buatlah sekarang.

Jika melepasi RM2940 hingga RM2950, harga RM2930an tidak akan kita rasai lagi buat masa akan datang.

Fenomena ini sangat sihat bagi pelaburan emas masa kini. Ini menunjukkan bahawa harga emas masih belum mencapai tahan matang pada minggu ini. Semua ini berlaku kerana aksi jual beli yan menarik iaitu berlaku penjualan dan pembelian bagi komoditi emas.

Penjualan emas dan pemegangan tunai ditangan pelabur emas sukar bertahan lama kerana dipihak lain pula akan memandang harga emas yang jatuh sedikit adalah satu peluang mendapat keuntungan yang besar pada mas sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan setahun.

Kenapa berlaku perkara ini?

Saya meminjam kata-kata pakar pelaburan emas iaitu
  • Peniaga-peniaga antarabangsa sudah serik dengan kejatuhan nilai wang fiat yang tidak pulih sehingga kini menyebabkan mereka bertukar kepada penyimpanan emas berbanding bond? dan bil-bil perbendaharaan.

  • Negara-negara yang menggunakan dolar cuba mengenepikan dolar dengan penggunaan rezab emas yang dimiliki oleh setiap negara yang berkaitan.

  • kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 2008 masih belum dapat dipulihkan oleh kebanyakan negara.
  • Wujudnya negara miskin yang menjadi negara industri baru dapat menyaingi negara-negara industri lama kerana kekukuhan ekonomi yang bersandarkan emas.

  • Peningkatan kuasa negara China dalam bidang ekonomi dunia yang cuba menambat Yuan dengan stok emas untuk mengatasi cabaran Yen Jepun menggusarkan negara-negara yang bergantung dengan Yen dalam ekonomi.

HARGA-HARGA EMAS PELBAGAI INSTITUSI DI MALAYSIA PADA 27/9/2010

Salam buat semua,
Alhamdulillah tahniah kepada pemilik apa sahaja emas samada emas 916 atau emas 999.9 kerana telah menerima durian runtuh yang banyak terutama emas public gold sejak awal September 2010 apabila harga yang pada ketika itu berada pada paras RM141.50(RM2830.00) mengikut harga emas 20gram pada 31/8/2010 telah menjana pendapatan atas nilai emas semasa di masa ini pada harga RM146.90/gram(RM2938 bagi emas 20gram ketika posting ini ditulis jam 19:10 petang) dan harga emas semasa persekutuan Peniaga2 Emas Malaysia pada harga RM154/g)

HARGA EMAS KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA (MONOPOLI MAYBANK BERHAD)






KELEMAHAN :
1. BANYAK DIJUAL KETIKA HARGA TINGGI TETAPI DISIMPAN KETIKA HARGA RENDAH.

Harga Emas Kijang Bank Negara Pada 27/9/2010 ialah
Harga jualan RM4250/oz =RM4250 -:- 28.35g =RM149.91/gram(telah tutup jam 2.30ptg tadi)
Harga belian RM4,087/0z=RM4,087-:-28.35g =RM144.16/gram

Kekuatan Emas Kijang
1. Menjadi kayu pengukur kepada harga pasaran emas di Malaysia.
2. Asas pengiraan emas pajak gadai pada hari Selasa

GOLD BAR PUBLIC GOLD, PUBLIC DINAR DAN PUBLIC JEWELLARY
EMAS UNTUK ORANG RAMAI




Kelebihan emas Public Gold
1. Terbuka kepada semua pelabur emas tempatan dan Singapura.
2. Harga emas semasa yang lebih rendah dari harga pasaran tempatan iaitu RM7 hingga RM10/gram tetapi boleh dijual tinggi mengikut harga pasaran emas tempatan.
3. Stok sentiasa ada ketika harga rendah atau tinggi.
4. Harga mengikut harga pasaran antarabangsa.
5. Skim bayaran mudah mengikut harga bid contoh jika harga 1 dinar di lock pada harga RM600 kita hanya bayar RM150 harga emas bagi setiap bulan. Bayaran pengurusan RM3.00 (0.5%) sebagai kos pengurusan yang dibayar pada bayaran pertama sahaja.
6. Harga jualan dan belian dipaparkan 24 jam. Tiada manipulasi harga yang dilakukan oleh agent.
7. Emas public gold mendapat nilai kualiti emas yang tepat bila dibuat pajakan walaupun berlaku perubahan cuaca dan suhu bilik. Kualiti emas tetap stabil. 8. Produk yang telah mendapat anugerah



8. Mendapat kerugian yang kecil dan minima perbezaan harga jual dan beli dalam segram

contoh harga beli emas 20gram RM2931(RM146.55/g) dan belian RM2755(RM137.75/g) mempunyai perbezaan RM8.80/gram.

HARGA EMAS PERSEKUTUAN PENIAGA-PENIAGA EMAS MALAYSIA


Berbanding dengan harga emas pasaran tempatan di kedai-kedai emas, harga jualan dicadangkan oleh Persekutuan Peniaga-Peniaga Emas dan Berlian Malaysia sebanyak RM154/g tetapi tiada dinyatakan harga belian. So manipulasi harga akan berlaku di sini dan keuntungan tinggi dinikmati oleh pekedai emas.



GOLD BAR BUNGA RAYA POH KONG (MONOPOLI POH KONG HOLDING)


kelemahan
1. Harga semasa sukar diketahui, pelanggan terpaksa buat walkin ke rangkaian Poh Kong.
2. pulangan atas penjualan semula emas jongkong sukar ditetapkan kerana tiada dinyatakan harga jualan dan belian yang nyata.

EASY PAYMENT SCHEME EMAS POH KONG

Ini merupakan salah satu isu perdebatan halal dan haram yang terjadi dalam pembelian emas secara berhutang. Di sini akan berlaku penambahan harga di sana dan sini samaada dipihak bank, penjual tanpa kerelaan dipihak pengguna. Akhirnya akan menyusahkan pembeli. So pilihan dipihak masing-masing. Jika membeli menggunakan kaedah kad kredit banyak kos tambahan berlaku atas harga emas dibeli.

Sunday, September 26, 2010

HARGA EMAS PERMULAAN MINGGU INI BERADA PADA PARAS TERTINGGI TAHUN INI.

Sumber: http://manipulasiemas.blogspot.com/

Harga emas dikedai emas hari ini :

999 Gold : RM154.00/gm
916 Gold : RM146.00/gm

Sumber : FGJAM.ORG.MY

Harga emas PUBLIC GOLD hari ini mengikut harga asas harga antarabangsa :

999 gold : 145.26/gm RM142.59/gm
916 Gold : RM142.59/g Sumber public gold dan public dinar

Harga emas DINAR KELANTAN se gram = RM 144/gm
Sumber : Islamic Mint.

Harga emas Kijang Emas 999 Bank Negara Malaysia RM 149.91/gram.

Jongkong Public gold, dinar kelantan, pamp suisse, lady fortuna, kijang emas adalah satu jenama sahaja.

Emas tetap emas walaupun dalam bentuk cecair, serbuk atau ketulan. Jadi mengapa kita perlu bayar lebih untuk emas yang sama?

Harga emas semakin meningkat. Pada tahun 1995, emas 916 berharga RM45/gram. Harga emas 916 hari ini RM 146/gram. Berkemungkinan tahun depan boleh jadi RM200/gram.

Jadi, jangan tunggu lama-lama nak beli emas.

KESIMPULANNYA:

KITA DAPAT BELI HARGA EMAS PADA PARAS YANG RENDAH BERBANDING DI KEDAI EMAS BIASA SEPERTI POH KONG, HABIB DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA SEPERTI BERIKUT:

HARGA EMAS PUBLIC GOLD

999 Gold : RM145.26/gm
916 Gold : RM142.59/gm
Sumber : public gold , public dinar.

Harga Kedai emas
999 Gold : RM154.00/gm
916 Gold : RM146.00/gm

KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD


PERTAMA: HARGA JUALAN EMAS SEMASA JAUH LEBIH RENDAH

BEZA EMAS 999 =RM9.26 EMAS PUBLIC GOLD LEBIH RENDAH DPD HARGA PASARAN

EMAS 916=RM4.59 LEBIH RENDAH DARI HARGA PASARAN


KEDUA: MENDAPAT NILAI PAJAKAN SAMA DENGAN EMAS LAIN

JIKA KPMJ, AGROBANK TETAPKAN NILAI PAJAKAN RM150/G UNTUK EMAS 999 SEMUA EMAS 999 DARI MANA-MANA JENAMA TETAP DINILAI RM150/G

JIKA KPMJ, AGROBANK, KEDAI-KEDAI PAJAK TETAPKAN EMAS 916 BERNILAI RM139/G PUBLIC DINAR TURUT MENIKMATINYA BERSAMA.

PEJABAT CAWANGAN PUBLIC GOLD JOHOR DI TAMAN PERLING SEBELAH RUMAH KEDAI PERLING MALL


SASARAN HARGA EMAS 1 DINAR DAN EMAS 20 GRAM PADA 27/9/2010 HINGGA 2 OKTOBER 2010

Sasaran harga emas untuk diri saya.

Posting :Ahad 26/9/2010 jam 15:50

Isnin , 27/9/2010~ 1 dinar RM607, 20gram (RM2950)
Selasa, 28/9/2010 ~ 1 dinar RM612, 20gram (RM2960)
Rabu, 29/9/2010 ~ 1 dinar RM612, 20 gram (RM3000)
Khamis 30/9/2010~ 1 dinar RM610, 20 gram RM3008)
Jumaat 1/10/2010~ 1 dinar RM610, 20 gram (RM3015)
Sabtu 2/10/2010~ 1 dinar RM610, 20gram (RM3000.00

PERJUMPAAN PERTAMA BERSAMA STUDENT OUM SEMESTER SEPTEMBER 2010

Salam, ari nie telah bermula semester September bagi pelajar-pelajar diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan PHD di PPW Johor Bahru.

Suasana seperti sesi persekolahan gantian pada hari Sabtu sempena menggantikan cuti raya yang telah diambil. Maka ada kelas yang tiada pelajar, hadir sorang dan dua orang.

Kelas Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Pengurusan Sukan) pada jam 8.00am hingga 10.00am kendali saya menerima nasib yang sama, tiada seorang pelajar pun yang hadir.

Maka masa yang ada saya gunakan untuk menghubungi teman-teman seperkolahan saya. Beberapa teman persekolahan lama terkejut bila menerima mesej dari saya. Yang paling terkejut Pn Melati Yaacob Pensyarah IPBP, terkejut beruk bila sms yang dia balas saya yang menghantarnya. Dari pertanyaan khabar semasa terus ke pelaburan emas semua akan di muaktamadkan bila saya turun ke Batu Pahat nanti.

Dan yang lebih menarik dalam pelaburan saya pada pagi nie di OUM, transaksi wang RM4848 telah berlaku di hadapan teman-teman pensyarah dan pelajar-pelajar OUM. heboh satu kantin penangan dari Hj Ramli bekas pensyarah IPTI dan tutor OUM.

Balik dari OUM, saya singgah ke rumah En Azri Kempas dan Pn Jamilah untuk menghantar sedikit flyer milik saya untuk diedarkan. Langkah kanan dapat makan nasi berlaukkan asam pedas ikan duri dan sayur jawa. Sodapppppp.

Saya mempelajari satu ilmu dari petani moden ini mengenai pengalaman beliau sebagai petani dan melayan pemborong sayur-sayurannya. So dia menjual sayur-sayuran berdasarkan pajakan yang telah dibuat oleh pemborong sebelum ini.

Harga sayur-sayuran rupanya seperti komoditi emas. Ada jatuh dan naik harga dalam seharian contohnya harga cili merah, pada pagi hari RM14.00/kg petang hari boleh jatuh RM7.00/kg. Wo yoooo, besarnya julat kerugian yang ditampung oleh pemborong. Manakala Pn Jamilah sudah senyum kerana beliau mengikut harga peraih hadir pada pagi hari.

Berbanding dengan harga emas, kenaikan harga emas adalah tinggi setiap masa tetapi kejatuhannya adalah berperingkat dan tidak terus jatuh merudum. Dengan kata lain harga emas memberi signal juga jika mahu jatuh berterusan itupun memakan masa seminggu atau lebih.

Saturday, September 25, 2010

BANTING SEMINAR PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD 2 OKTOBER 2010

SALAM BUAT :

SEMUA AGENT PENDITA EMAS
SEMUA AGENT UNCANGEMAS.NET
SEMUA AGENT PERSENDIRIAN
SAHABAT-SAHABAT YANG BERADA DI DAERAH PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU, KULAI, PONTIAN, SEGAMAT, BATU PAHAT, MUAR, KLUANG, SIMPANG RENGAM, MERSING, TANGKAK, DAN PENGERANG

ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR KE SEMINAR PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD YANG JULUNG-JULUNG KALINYA DIADAKAN DI TS HOTEL SCIENTEX DENGAN KERJASAMA SYARIKAT PUBLIC GOLD, PENDITAEMAS999.BLOGSPOT.COM DAN UNCANG EMAS .NET

INI ADALAH BANTING YANG AKAN DIPASANG DI LUAR BANGUNAN TS HOTEL SCIENTEX BERMULA PADA 29 SEPTEMBER 2010.






Friday, September 24, 2010

HARI YANG MEMBOSANKAN PENERIMA ANUGERAH TAPI MENGGEMBIRAKAN BUAT DIRIKU

Salam,

kepada semua penerima anugerah APC, di Pasir Gudang salam tahniah buat anda semua kerana menerima penghargaan di atas perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2009 pada hari ini 25/9/2010.

Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat anda semua yang menerima bagi kali pertama dan suasana biasa bagi saya dan rakan-rakan lain yang menerima buat kali kedua dan seterusnya. Semoga perkhidmatan anda terus cemerlang dan cemerlang selepas ini.

Pada hari ini saya sengaja datang awal untuk melihat keadaan sekeliling dan suasana penerima anugerah. Alhamdulillah jam 7.30pagi dewan sudah penuh sesak kerana mengikut arahan pihak penganjur supaya hadir seawal jam 7.00 pagi.

Nak dijadikan cerita, semua penerima APC mendapat maklumat majlis akan dilangsungkan tepat jam 9.45 pagi. Setelah lama menanti maka terdengarlah suara dari rakan-rakan penerima anugerah yang melahirkan kata-kata kecewa kerana hadir terlalu awal tetapi majlis lambat bermula. So saya biarkan sahaja persoalan berkenaan bermain di fikiran masing-masing.

Alhamdulillah agaknya teman nie kira dah veteran, maka ramailah yang kenal dengan saya dari peringkat tertinggi hinggalah yang baru memasuki pekerjaan ini. Kira kesemua 558 penerima APC, saya kenali secara terus, teman rapat atau melalui sapaan.

Maka bermulalah flyer pelaburan emas saya terbang dari satu tangan ke tangan teman rapat. Daripada berbual kosong, minda teman-teman saya telah dipenuhi dengan info baru mengenai pelaburan emas. Emas yang sebenarnya dibawa untuk dijadikan contoh. Rakan-rakan mula faham dan saya tinggalkan begitu sahaja supaya mereka dapat membaca flyer yang saya berikan.

Saya masuk dan duduk di kerusi yang telah ditetapkan untuk saya dan sebelah saya adalah penerima APC dari sekolah lain. Sebaran mengenai pelaburan emas saya dapat sampaikan secara lisan kerana flyer yang saya bawa telah kehabisan di pintu masuk dewan.

Selang dua jam, kehadiran Pegawai tertinggi saya membolehkan majlis dapat disempurnakan dengan lancar. Nama penerima dipanggil sorang demi sorang untuk mengambil anugerah masing-masing. Saya berkedudukan nombor yang ke 085.

Suasana mulai bising dan tidak terkawal semantara rakan-rakan lain menunggu giliran untuk dipanggil.

Apa lagi, saya ke kereta untuk mengambil dan menyerahkan beberapa flyer pelaburan emas kepada rakan-rakan daripada duduk dan merasa bosan. Alhamdulillah rakan-rakan mula memberi respon.

Tamat sahaja majlis, beberapa rakan lama menyata dan menunjukkan minat. Ada yang sedia maklum tentang seminar pelaburan emas yang penditaemas akan buat pada 2 oktober dan ada teman sudah memberi respon untuk mengumpulkan teman-teman lain di tempat masing-masing untuk saya talk dengan mereka.

Alhamdulillah, pengisian masa yang membosankan telah menceriakan penerima APC dengan edaran flyer tadi. Impaknya sangat besar kepada pelaburan emas pendita emas. mengapa saya berkata begitu? Saya dapat menemui 5-7 orang wakil dari setiap sekolah di Pasir Gudang.

PINJAMAN PERIBADI SEHINGGA 150,000.00

Salam,
public_gold_bar_atas_tapak_tangan
Kepada pelabur yang mahu membeli jongkong emas Public Gold dengan banyak melebihi 7 pc emas 20 gram, anda dengan sendirinya telah melepasi syarat menjadi agent dengan belian emas bernilai RM20,000 kepada public gold melalui pendita emas.

Bagi mengapai peluang ini, instrumen pinjaman peribadi dari Bank Simpanan Nasional dapat membantu anda.

Maklumat dari pegawai Pinjaman peribadi di BSN Masai dan Pasir Gudang menyatakan jumlah pinjaman peribadi terkini boleh mencapai RM150,000.00 kepada sesiapa yang mempunyai gaji lebih RM2000.00 sebulan. Ansuran bulanan lebih kurang RM1250.00.

Dimaklumkan juga tiada lagi penggunaan pinjaman peribadi lama iaitu sifir 15 X Gaji kasar seperti yang diamalkan oleh BSN dan bank Rakyat sebelum ini.

Kepada sesiapa yang telah sedia membuat pinjaman peribadi anda sebenarnya boleh membuat overlap setiap tahun selepas kenaikan gaji tahunan semasa tercatat dalam slip gaji terbaru. Mengapa saya berkata begitu?

Call Yatiman Bin Kamsidin 0193791864.

HARGA DI PAGI HARI PENUTUPAN DAGANGAN EMAS (SABTU 25/9 2010)



Harga awal sabtu kelihatan menjunam sedikit kerana tarikan garisan warna merah yang kuat Candel warna putih (kosong) yang memanjang menandakan penjualan semula emas di pasaran antarabangsa bagi pengambilan untung di hujung minggu.


AGROBANK LABIS TERIMA DINAR DAN JONGKONG EMAS

Kepada semua agent dan pembeli emas bawah Pendita Emas kami ingin memaklumkan bahawa pengurusan AGROBANK Labis telah menerima emas dinar dan emas jongkong Public Gold dengan keluaran nilai marhun 70% bermula pada pajakan yang pertama.

Segala infomasi lengkap hubungi agent rangkaian kami di Labis:

En Abdul Razak Bin Othman, 019-7235202.

Graf harga selepas jam 8:15 malam

POSTING 10:42 MALAM

POSTING 9:20 MALAM


POSTING 8:50 MALAM


posting : 8:40 malam

posting 8:20 malam

permulaan harga jam 8.00mlm dan sambutan pihak New York MyMEX



Saya sangat suka mengikuti perkembangan harga emas yang dikendalikan New York MyMEX kerana di area inilah selalunya harga emas yang rendah sebelum ini mendapat lonjakan yang tinggi.

Semoga pada malam ini, harga akan naik lagi dan melepasi USD1302.00/oz sekurang-kurangnya dengan sendiri membantu kenaikan harga emas public gold.

So kita akan lihat nanti penurunan harga kepura-puraannya, selepas itu akan melantun tinggi seperti tidak boleh dikawal. Ini dibuktikan line merah dan biru yang mana dalam zon mymex memang tinggi puncak line harga emas. Pada ketika ini kita tidak perlu membuat sebarang pembelian.

wowww 7:40 malam harga 20 gram RM2937.00, 1 Dinar RM607.00

KEBOCORAN HARGA SILING SELEPAS JAM 5.00 HINGGA JAM 7.00 MALAM



harga emas telah memantul semula selepas posting jam 4.32 petang tadi dengan menggariskan harga lantai dan harga siling serta zon harga berehat. Apa yang terjadi harga masih aktif dan memecah syiling.

Bagi harga-harga emas yang menjadi pilihan saya selama ini, harga dinar yang menjadi sasaran saya selama ini berada pada harga RM607.00 telah melepasi sempadan RM603 dan cuba melepasi atau menyamai harga RM610.00 seperti yang terdapat pada harga sasaran yg saya catatkan pada 20 September 2010.

Emas 20 gram, saya sudah senang hati sangat apabila harga sasaran pada takat RM2915 telah melangkau jauh ke pada harga RM2936 pada jam 7.00 malam Jumaat. Luar biasa peningkatan harga seperti ini berlaku pada petang Jumaat kerana tidak pernah berlaku lenaikan seperti ini pada minggu dan bulan-bulan sebelum ini.

Kata orang harga pada hari Jumaat biasanya harga telah mencapai tahap matang dan pelabur cuba mengambil untung menjual sedikit stok yang ada.

Sekarang terbalik pulak, harga seolah-olah berada pada tahap pra matang. Kira pelabur masih lagi agresif sampai hujung minggu. So jika begini keadaannya selepas jam 8.00 malam akan berlaku kenaikan semula harga emas dan akan mencapai paras USD1300.00/oz seperti ditarget oleh pelabur emas dunia.

HARGA BEREHAT



HARGA PETANG HARI MMBENTUK KEPALA ULAR LIDI, TIADA KEKUATAN YANG MAMPU MENAHAN HARGA SEBEGINI. AKAN BERLAKU KEJATUHAN DAN KENAIKAN YANG MINIMA. HARGA EMAS MASIH TINGGI.

ALAMAK TAK JADI ULAR COBRALAH PADA JAM 4:32


HARGA 20GRAM 2934 JAM 4.20