Wednesday, September 8, 2010

Pertemuan Dengan Wakil Pajak Gadai Arrahnu

salam,

hari ini saya berkesempatan menemui wakil pajak gadai yang membuat lelongan awam. hasilnya mendukacitakan.

1. Tidak mengakui kekhilafan syarikat sebaliknya menyalahkan kita tidak menyemak barangan sebelum kita tarik keluar barang yang kita menang.

2. Mengatakan pihak lain salah dalam timbangan sedangkan emas yang kami bawa keluar dari kedai yang sama diuji oleh beberapa kedai pajak oleh pelanggan kami iaitu di KPMJ dan di pajak gadai daerah simpang renggam menunjukkan kualiti yang sama iaitu hanya satu yang mempunyai nilai 22k, yang lain 21k, 20k dan 18k.

3. Pihak syarikat mengatakan tidak pernah terjadi perkara seperti ini sebelum ini walaupun lelongan awam telah dilakukan banyak kali.

4. Mereka mengatakan boleh membuat saman malu jika kita melaporkan kepada pihak polis, persatuan pengguna dan salinan kepada bank negara jika didapati barangan mereka sebaliknya. Ini merupakan kes yang saya suka sangat untuk hadapinya. Sedangkan saya juga dah boleh kemukakan saman malu kepada kedai ini kerana kualiti barangannya menjejaskan maruah dan kreadibiliti saya. Buktinya pelelong menyebut 'no 54 item emas 22k terdiri daripada rantai leher berloket dengan beratnya 8.73 gram dengan nilai marhum RM873.00 kita mulakan bidaan". So bila dipajak hanya 18k untuk rantai leher dan 20k shj untuk loket.

kesimpulan

saya dan rakan-rakan akan bertindak kerana tiada keluar perkataan maaf dari pihak syarikat atas kesilapan yang telah saya utarakan. Sebaliknya dia menuduh kita plak menuduh mereka tipu pelanggan lelongan awam. So aduan kepada tribunal pengguna akan kami lakukan selepas raya.

No comments: