Sumber :http://www.wealthdaily.com/articles/protect-yourself-against-higher-gasoline-prices/3362?r=1
5 Perkara yang akan PE lakukan untuk diri sendiri jika harga minyak dunia naik melepasi USD125/tong
- Banyakkan bersenam dengan naik basikal ke tempat kerja untuk menjaga kesihatan badan sebagai menjaga integriti pekerjaan hakiki.
- Menjalankan aktiviti harian dengan gembira, berkereta besar ke sana sini dan berbelanja mewah di luar tugas hakiki kerana di belakang aku ada simpanan emas fizikal yang boleh menyelamatkan diri dari masalah duniawi seperti inflasi.
- Dunia kembali bergolak kerana persengketaan memonopoli bekalan emas hitam yang sedia ada. Kuasa dunia baru akan muncul dan kuasa lama akan menjadi penyokongnya semata-mata menjadi parasit kepada kuasa dunia baru. Pelaburan yang dilakukan ketika ini pasti memberikan keuntungan yang besar di masa depan.
- Barang makanan dan bahan mentah untuk makanan kembali melonjak disebabkan bekalan sedia ada terhad akibat bencana alam, perubahan cuaca mendadak dan merebaknya penyakit berjangkit. Bermakna untuk hidup menyara diri sendiri pun menjadi masalah yang besar. Jangan risau PE akan mengambil alih gedung-gedung simpanan bekalan makanan untuk dijual pada harga berpatutan.
- Rakyat hidup dalam keadaan tertekan kerana tiada pekerjaan atas tindakan pengurangan kos operasi. Dengan modal emas yang ada beberapa syarikat gulung tikar akan PE ambil alih semua liabiliti untuk diberi nafas yang baru.
No comments:
Post a Comment