Jumaat, 13 Januari 2012
Posting ini bertujuan menjawab pertanyaan rakan-rakan PE mengenai posting yang mengatakan harga emas akan dinyatakan selepas jam 7:00pm berdasarkan posting bertajuk "adakah harga emas menuju semula paras USd1660?" .PE awalkan masa posting disebabkan tiada perubahan harga yang menarik untuk diikuti pada masa ini.
Untuk jawapan pertama: Harga emas telah menjunam ke paras terbawah harga halangan pertama USD1640 pada paras USD1638 walaupun harga sasaran USD1652 yang diharapkan tidak tercapai sehingga jam 7:00pm. Ini bermakna sehingga posting ini ditulis harga emas domestik masih boleh dibeli pada paras harga yang rendah.
Target harga yang PE nyatakan dibuat pada jam 4.00pm dan 7:00pm mengikut formula-formula rahsia fundamental ciptaan Pendita Emas. Nampaknya formula berkenaan memberi impak yang sangat baik untuk digunakan dalam membuat pengukuran harga emas semasa dalam apa sahaja situasi harga emas yang akan menjelma pada masa akan datang dalam seminit, sejam atau sehari.
No comments:
Post a Comment