Monday, January 24, 2011

PELABURAN BARU EMAS 99.5 (24K) SERENDAH 1 GRAM

Salam,

Sebagai rekod peribadi, pada hari ini 24/1/2011 Pendita telah membuka akaun simpanan emas di Kuwait Finance House bersandarkan emas fizikal 995(99.5). Ini bermakna jongkong emas yang dihasilkan oleh bank ini berpurity 24K.

Dalam kes ini, untuk memulakan simpanan kita perlu menyediakan wang bernilai 10 gram emas mengikut harga semasa. Dalam masa yang sama juga kita boleh mengeluarkan stok emas fizikal kita dengan meninggalkan baki sebanyak 2 gram sahaja.

Di bawah adalah contoh 8 gram emas yang Pendita bawa pulang untuk kita kongsi bersama dalam blog ini.


Setelah diteliti, Pendita sarankan untuk simpanan atau pelaburan jangka panjang , stok emas ini juga sesuai untuk dipilih kerana bank ini menawarkan stok emas dari sekecil 1 gram hingga 1000g.

No comments: