Tuesday, January 25, 2011

HARGA EMAS DUNIA MENURUN SEHINGGA MENGHAMPIRI USD1320

Salam,


Wow, harga emas dunia semakin memberi kejutan kepada kita. Sehingga jam 11.00 malam Malaysia pada 25/1/11, kita telah menyaksikan bahawa selepas jam 12.00 am sehingga sekarang menyaksikan bahawa line harga hijau membentuk patern menurun dan terus menurun.


Jika harga emas 20 gram Public Gold bermula dengan RM3047 pada awal minggu ini, sekarang harga pada kedudukan RM3001. Dan tidak mustahil harga RM2900 akan menjelma kembali dalam minggu ini seperti yang pendita gambarkan pada posting yang lepas.



Jika dilihat pada harga buy back RM2821 ia telah menyamai harga RM2824 yang dibeli pada penghujung bulan Jun 2010 RM2824 (termasuk RM20 transport.

Tetapi yang menyedihkan ada pelabur terkilan dengan harga Public Dinar seperti berikut pada masa kini. Nak dijual harga telah merudum. mengapa tak jual sahaja pada harga yang Pendita sarankan pada RM646.00



Bagaimana pula dengan harga Passbook Gold Maybank. harga emas dalam buku turut berada pada tahap rendah.

No comments: