Saturday, January 8, 2011

PENILAIAN ARRAHNU TENTANG RANTAI TANGAN 999 KELUARAN GCP (PURITY 24K)

ANDA DAN PENDITA EMAS PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN BERSAMA

Salam,

Hari ini 8/1/2011 satu lagi rantai tangan 999 keluaran GCP telah dapat Pendita pajakkan dimana wang pajakan digunakan untuk membeli emas baru Public Gold dan rantai tangan GCP untuk stok emas fizikal kerana harga emas tengah jatuh masa kini.

Ini satu surat pajakan melibatkan rantai tangan emas 999 keluaran GCP yang dibuat di Koperasi Permodalan Melayu Johor. Harga pajakan masih RM158/g walaupun murah, akan dapat ditebus dengan mudah. RM5000.00 tu.



RESIT PAJAKAN KPMJ YANG MEMAPARKAN PURITY RANTAI EMAS GCP SEBAGAI 24K

Kepada sesiapa tidak mahir memajak seperti Pendita, jangan buat takut nanti baru sebulan dua emas dah kena lelong, Pendita pinjam kata-kata penyamar nama berikut:

Apa-apapun terima kasih kepada teman-teman Nana yang cuba melakukan apa yang Pendita sarankan. Semuanya berlaku tidak mendapat bimbingan yang betul dari Upline (si Nana).

Dipihak Pendita, Pendita dapati semua downline Pendita merasa happy dan tiada kecacatan pada sistem merempit yang Pendita sarankan. Kebanyakan mereka merempit untuk mendapatkan wang menambah aset jongkong emas pada harga murah dan bukan untuk menggunakan wang pajakan untuk berlibur.

Kalau si Nana mengatakan semua emas rakan-rakannya tergadai, Pendita sediakan langkah-langkah untuk menebus emas anda. Ini sebagai cadangan bukan arahan.

1. Tunggu harga emas pada bulan Februari dan Mac 2011, jika naik bawa resit pajakan, minta buat overlap iaitu minta kedai pajak menukar surat pajakan yang baru untuk sebahagian item pajakan. Item sedia terpajak akan mendapat tambahan enam bulan lagi tempoh tebusan. Extra wang diterima buatlah bayaran ke atas item pajakan yang tidak dibuat overlap.

2. Bayarlah sedikit demi sedikit setiap bulan wang pinjaman yang dibuat, moga pinjaman wang pajakan mengecut dan mengecil. Di sini tiada bayaran bulanan yang ditetapkan dan tiada surat tuntutan bayaran berkenaan dikeluarkan kecuali pajakan anda menghampiri 6 bulan tempoh matang. Jika ada peluang terus bayar penuh.

3. Kalau sudah terdesak, jual seketul emas milik anda mengikut harga pasaran. Jika berjaya, wang jualan seketul emas 20 gram akan dapat membebaskan 2 ketul emas 20gram yang terpajak jika nilai pajakan dibuat RM1900.00/unit (jika dapat wang pajakan 65%)dengan sedikit tambahan wang sendiri.

Kaedah ini boleh dilakukan jika anda mempunyai aset emas 20 gram di tangan. Jika terjual seketul emas 20g dengan harga RM3100.00. Wang jualan ditambah dengan RM800.00 lagi anda dapat membebaskan 2 ketul emas terpajak pada bulan September atau Oktober 2010.

4. Buat lelongan sendiri emas anda dikalangan teman-teman rapat dan sesama ejen anda.

Penafian : Pendita hanya share cadangan sahaja. Anda yang menentukannya. Pilihan di tangan anda.

No comments: