Saturday, January 29, 2011

KINI EMAS KELUARAN KUWAIT FINANCE HOUSE BUKAN SAHAJA UNTUK COLLECTOR TETAPI EMAS MUDAH CAIR JUGA

Salam,

Terdapat satu kejutan lagi, produk emas keluaran Kuwait Finance House (KFH) menjadi satu pelaburan emas yang menguntungkan buat pemilik-pemiliknya.

Seminggu juga Pendita membawa produk KFH untuk dicairkan menghadapi masalah kerana jika dipajak musnah semua sarung emas menyebabkan no keselamatan tidak boleh dibaca. Lagi teruk pihak KFH tidak menerima kembali emas yang telah rosak sarungnya.

Alhamdulillah, pelaburan ke atas emas KFH rupa-rupanya masih ada arrahnu yang menerima tanpa mengopek sil emas. Ini bermakna produk lebih selamat untuk dipajak dan dijual semula.

Menarik, pajakan yang diterima ialah emas dikelaskan sebagai berpurity 24K dan mendapat harga pajakan paling maksima. Di mana lokasinya bukan tanggungjawab Pendita untuk menyebarkannya.




7 gram emas KFH telah diuji untuk dicairkan

No comments: