Wednesday, January 5, 2011

HARGA EMAS KEKAL RENDAH RELATIFNYA HARGA SAHAM NAIK MENDADAK

ANDA DAN PENDITA EMAS PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN BERSAMA

HARGA EMAS BERADA PADA PARAS HARGA YANG STATIK DAN AKAN MENJUNAM



HARGA SAHAM NAIK TIGA HARI BERTURUT-TURUT




Salam,

Info harga emas terus merudum dan harga saham mengekalkan memontum kenaikan mendadak selama tiga hari berturut-turut merupakan satu tingkahlaku pelaburan saham di luar jangkaan. Rasanya sehingga cuti Tahun Baru China.

Biasalah adat bermain saham taktik pemasaran perlu pelbagai oleh BSKL. Antaranya meletak instrumen syarikat berprofail tinggi IPO Petronas Chemical. Buat ajer launching tanda tangan perjanjian usahasama dengan syarikat besar, Sahamnya terus melantun dan mengheret naik indek BSKL. Untung memang untung.

Rasanya tidak terlambat mengucapkan tahniah kepada teman-teman yang menerima lot masing-masing pada 26/11/2010. Ada teman Pendita menerima sehingga 50 lot. Menjajau mencari modal. Akhirnya batu berwarna kuning menjadi aset utama. Tersenyum Pendita.

Latar belakang Saham IPO Petronas Chemical, telah dibuka langganannya kepada umum pada tanggal 13/11/2010 dengan harga RM5.05, meningkat pada RM5.71 selepas didagangkan dalam Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 26/11/2011.

Mengalami kejatuhan dibawah RM5.60, kini saham menokok pada paras RM5.80. Bayangkan kalau modal hanya RM251,000.00 untuk 50 lot, kini saham teman Pendita menjana pendapatan RM39,000(RM290,000.00-RM251,000).

Pertemuan petang tadi di Angsana, kami telah berbincang tentang pasaran saham dan pasaran emas dunia. Banyak info yang Pendita bicarakan. Antaranya serangan George Soros akan berlaku. Target kami sekitar pertengahan tahun 2011.

So siapa akan kena pada masa itu? Pendita telah bersedia, mahu senyum pada tahun ini seperti senyumnya seorang apek yang menang judi jika berlaku serangan George Soros seperti tahun 1998.

Bak kata pepatah jika yang berkata-kata lidah bercabang, cakap nak runtuhkan ekonomi negara sebelah utara, jangan terkejut negara kita akan mengalaminya lagi. Salah satunya ialah jika matawangnya tidak bersandarkan kepada emas. Wang siapa tu ya? Fikir-fikirkanlah.

Pendita menyarankan jika mendapat keuntungan saham, yang masih belum memiliki seketul emas, labur-laburkan 70% keuntungan saham kepada batu berwarna kuning sementara harga emas masih rendah.

Kepada yang melabur wang ke saham menggunakan wang pajakan emas, tak menambah emas lagipun tak mengapa kerana itu dianggap sebagai wang gaji anda. Biarkan sahaja aset emas dalam pajakan. Jika hari ini emas anda berharga RM155.16/gram , enam bulan lagi emas anda dalam lingkungan RM200.00/gram.

So adakah emas anda akan terlelong seperti kata NANA dalam chatting Pendita?

Jawapannya mudah sahaja,
kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai,
kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai beralun,
Kalau tak pandai memasak jangan salahkan tak cukup rempah,
Kalau tak pandai menjaga anak buah, jangan salahkan kehebatan Pendita.

No comments: