Thursday, August 12, 2010

Guna Jongkong Emas 20gram dan 1 dinar

salam buat semua sahabat, selamat bersahur. Saya menulis bolg nie sambil makan bubur kacang. Rasa seronok pada bulan puasa nie, otak sentiasa aktif memikirkan apa yang boleh aku buat dengan 30 jongkong emas 20 gram dan 30 pc emas 1 dinar.

Alhamdulillah dalam berfikir ni, terkeluar plak satu idea, apa kata, stok simpanan kita, kita gunakan untuk program akikah dan qurban pada musim raya haji nanti. Maksud saya, mulai sekarang kita cari mana-mana ladang lembu dan kandang kambing untuk mendapatkan harga yang seminima mungkin. Kita ikat perjanjian iaitu selagi belum sampai masa raya haji kita bayar 25% harga kambing dan lembu berkenaan.

Dengan 30 jongkong emas berharga RM2800/pc, saya mempunyai aset RM84,000.00. Maka gunakanlah cara berikut.

Contohnya kita mahukan 30 ekor lembu pada harga RM1500.00/ekor, 25% kos dikeluarkan ialah RM1500.00 x 30 ekor x 25% =RM11,250.00 daripada RM45,000.00. Deposit ini dibayar melalui pemajakan 6 ketul emas.

Dalam masa sama kita cuba cari pedaging di pasar-pasar untuk membeli lembu kita. Kita letak harga pada RM1800.00. Kita minta 50% deposit dari pedaging berkenaan (RM900/ekor). Kita telah mendapat modal atas angin sebanyak RM27,000.00 untuk 30 ekor lembu.

Sebelum kita langsaikan 3/4 bayaran tertunggak (RM33750.00) pada ladang ternakan, kita manipulasikan wang bayaran pedaging dengan pembelian emas baru. Dengan sendirinya stok emas bertambah dan anda dapat menjana keuntungan berlipat kali ganda.

Saya akan dapat keuntungan jualan lembu RM300 x 30 ekor =RM9000.00, tambahan 9 ketul emas 20 gram dan nilai kecairan yang tinggi.

No comments: