Sunday, August 22, 2010

Masa Urusniaga Emas Dunia Mengikut Waktu Malaysia

Pergerakan Harga Pasaran Emas Dunia

Setelah beberapa tinjauan pergerakan harga emas semasa dunia melalu Public Gold dapatlah saya rumuskan seperti berikut:

Mula urusniaga mingguan = jam 6.00 pagi setiap hari Isnin (Pasaran Hong Kong)

Penutupan urusniaga mingguan = jam 2.00 petang hari Sabtu (Pasaran New York)

Urusniaga harga emas berjalan selama 5 hari.

Beza urusniaga emas Public Gold dengan bank-bank lain di Malaysia selepas penutupan harga.

Pembeli emas Public Gold masih boleh membeli emas selepas jam 2.00 petang Sabtu hingga jam 6.00 pagi Isnin mengikut harga pasaran dunia 24 jam dengan bantuan agen yang dilantik. Ini bermakna sepanjang 7 hari seminggu kami boleh membida harga emas semasa dengan hujung jari.

Pembeli emas bagi bank-bank di Malaysia perlu menunggu jam 9.00 pagi Isnin dan harga tambatan ditamatkan jam 2.00pm setiap Jumaat.

#kepada mana-mana agen yg mahu membetulkan maklumat ini, tinggalkan dalam komen di bawah ini.

No comments: