Sunday, August 22, 2010

Fakta Menarik Tentang Emas (1oz =28.35 gram)

Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-

1. Emas adalah wang dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan
mendapan aluvial


6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.
Ia adalah simbol kemewahan
dan simpanan
kekayaan individu.



11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol
samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas
telah digali dari muka bumi.

13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai
konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit
dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik
terbaik.

15. Emas adalah logam peralihan.

16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak
balas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak
balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk
menentukan ketulenan emas.


19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai
pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak
Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat
mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan
halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi
hampir transparent.

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.
(perak,kuprum)

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
  • Kekerasan
  • Kekuatan
  • Sifat kelogaman(metallugical)
  • Suhu lebur
  • Perubahan warna sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor
haba dan elektrik.


26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan
agen hakisan yang kuat

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-
  • Hasilnya adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat:-
  • 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.


32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang
tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada
kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital
atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan
campuran beberapa komposisi copper (tembaga)
dan Silver (perak)


35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk
semulajadinya.

36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai
tambatan matawang. Jumlah emas yang disimpan bank
negara = wang yang dicetak

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya
tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.

38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran
urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang
terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk
membiayai kempen peperangan masing-masing.

41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan
tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang
telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang
mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai
Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan
biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan
ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930
adalah dalam bentuk emas 22karat (916).


48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti
keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada
emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti
American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South
Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam
bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan
99.999% emas.



No comments: