Wednesday, August 4, 2010

Barang Kemas Cina Mengelirukan

salam semua,

Semasa memulakan pelaburan emas, isteri yang memegang akaun melarang saya untuk terlibat. Semuanya gara-gara skim cepat kaya seperti Winlifund dan swisscash yang telah meleburkan kenangan manis. Walau bagaimanapun saya mengunakan saluran lain iaitu membuat pinjaman peribadi semaksima mungkin.

Alhamdulillah telah berjaya dan memulakan pelaburan emas secara maksima. Dalam seminggu emas dibeli menjana wang tunai yang diharapkan walaupun penat merempit (mencairkan) namun berbaloi. Wang tunai saya belikan semula emas baru.

Alhamdulillah emas ketul 20g sudah banyak dalam simpanan peribadi bukan sahaja boleh dicairkan bila terdesak tetapi boleh dijadikan pinjaman pada teman-teman yang memerlukan untuk didahulukan kepada pelanggan baru terus menerima aura emas. Senang kata ada emas, kita boleh buat apa kita suka.

Nak dijadikan cerita, pada 27/8/10 ku bawalah isteri kesayanganku bertemu klien yang menelefon untuk membuat pelaburan RM100,000.00. Kami berceritalah tetang faedah memiliki emas fizikal public gold. Isteriku dah berpengalaman bermain rempit(cairkan 1 dinar jadi tunai) selama sebulan.

Tup tup sampai di rumah sang isteri sudah mula berbunyi, esok dia nak pajak emas di pajak gadai. Terkejut dan gembira saya. Maka berlakulah konflik emosi, semangat dan keterujaan membeli emas. Dengan aku aku sekali tolong selongkar sana sini. Emas dicari belum banyak ditemui, yalah orang tidak menghargai emas selama ini.

Pada 3/8/10 kami ke pajak gadai arrahnu YaPEIM Pasir Gudang. Setelah pegawai penilai menggesek emas pada batu khas, hanya sebahagian emas yang lepas. Sebahagian besar emas gagal dalam ujian. Emas bermutu rendah, lebih rendah daripada emas 18K (75.0). Menyumpah-nyumpah aku pada emas yang lama kubeli dari kedai cina. Mereka kata emas 916, tetapi setelah lama disimpan rupa emas dah jadi warna tembaga.

Bila dikenang-kenang tak sangka bukan, begitu hebat helah peniaga emas cina selama ini, resit tulis emas 916, bila dinilai emas bawah 75.0.....nak salahkan siapa lagi..diri sendirilah kerana kita tidak pernah didedahkan dengan perniagaan emas.

Terus terang usiaku ke 42 tahun pada tahun 2010, baru aku minat untuk mengenal, memegang, merasa, menyimpan, menjual, membeli, memajak, tebus pajakan, pusing ganti wang gaji, bayar ansuran rumah dan kereta lebih awal, hari-hari ada wang dan tak rasa kesempitan atau terbeban untuk mencari wang. Alhamdulillah syukur kualiti emas public gold terpelihara.

kalau saudara/saudari pembaca ada pengalaman seperti saya silakan komen. Jangan malu atau segan saja berkongsi pengalaman

No comments: