Tuesday, August 17, 2010

EMAS PERMAINAN YANG MENYERONOKKAN

salam semuanya,

Tahukah saudara/saudari permainan apakah yang paling menyeronokan di dalam dunia ini?

Ya, sudah tentu bermain dengan emas. Emas penghibur kita dikala sunyi, emas penenang jiwa dari kesulitan dan kesempitan hidup, emas melorongkan rezeki seluas lautan di dunia, dan emas tidak tidak sesekali menipu kita.

Mengapa seronok bermain dengan emas?

1. Bila kita gilap, emas bertambah kilat dan berkilau dan menyilaukan nilai marhum yang terkandung dalam logam ini. Semakin berkilau dan kilat bila digosok maka semakin tinggi nilai emas tersebut.

2. Menjadi punca kewangan bila kita keputusan kewangan semasa, terutama jika ada sanak saudara memerlukan wang dengan segera, insyallah kita dapat membantu mereka dengan kadar segera.

3. Menjadikan diri kita berasa kaya dibandingkan dengan teman-teman lain walaupun kita tiada berwang.

4. Sentiasa gembira dan tidak memikirkan berapa jumlah wang di tangan jika berjalan ke mana-mana sehingga satu masa kita tidak sedar minyak dalam kereta telah hampir kekeringan kerana kita ada emas.

5. Menjadi satu sumber pusingan gaji yang menyeronok jika dipraktikkan dengan betul dan berdisiplin.

6. Menyediakan nilai kewangan yang paling stabil pada logam emas antara nilai zaman pemerintahan Syaidina Umar hingga zaman 2020. Contoh nilai seekor kambing tetap bernilai 1 dinar (4.25g) sehingga sekarang.

No comments: