Tuesday, August 24, 2010

Sejarah Sistem Pajakan Orang Melayu

Orang Melayu merupakan penduduk asal Tanah Melayu seperti yang tercatat dalam buku perkisahan sejarah negara kita. Mereka meneroka tanah dan membuka perkampungan satu persatu.

Peneroka paling awal biasanya akan diangkat menjadi ketua bagi kampung-kampung yang wujud dan mempunyai link dengan pembesar dan raja melayu ketika itu. Maka hidup mereka berada dalam klas tersendiri dalam kalangan orang kebanyakan.

Dari sini bermulanya sistem status dan darjat, yang kaya dipandang tinggi dan mulia, yang miskin dipandang sepi dan hina. Semuanya bergantung kepada taraf ekonomi sesebuah keluarga.

Jika yang miskin, untuk mendapatkan bekalan beras dan ikan mereka merasa terbeban untuk membelinya kerana tiada kemampuan dan bergantung kepada pekerjaan yang dilakukan.

Bagi yang berada, hidup mereka senang, mereka mempunyai harta fizikal yang banyak seperti tanah, emas, hamba abdi dan kraftangan. Bahan-bahan ini menjana keuntungan buat mereka.

Contohnya jika mereka nak naik haji, perlukan wang, maka tanah akan dipajakkan kepada ketua-ketua kampung. Keuntungan kepada pemajak setelah persetujuan dicapai ketua kampung akan mengeluarkan wang dan pemajak boleh naik haji. Kepada pemberi pajak tanah akan menjadi hak milik jika pemajak tidak dapat menebus atau meninggal di Mekah kerana perjanjian tidak melibatkan nama pewaris pemajak.

Jika menggunakan emas, cara yang sama digunakan dan ketua kampung adalah orang rujukan kepada si pemajak. Senang cerita ketua kampung membuat semua yang diperlukan oleh masyarakat.

Kesimpulannya, hal pajak memajak sudah lama sebati di dalam masyarakat Melayu terutama dalam hal ehwal menguruskan perbelanjaan hidup harian. Cuma kelemahan di sini ialah kita tiada data terekod menceritakan perihal cerita ini. Tetapi ada asasnya kerana diceritakan secara lisan dari mulut ke mulut.

pengalaman penulis dalam hal ini ada hubung kaitnya. Setelah moyang meninggal dunia, tanah seluas 8 ekar yang kami duduki telah dirampas oleh waris ketua kampung pada tahun 2006 yang mendakwa tanah yang kami duduki telah menjadi milik mereka kerana moyang gagal memulangkan kembali wang dipinjam sebanyak RM800.00 semasa urusan mengerjakan haji buat dirinya pada tahun 1965. Setelah disiasat memang ada bukti bertulis antara kedua belah pihak.

Moralnya: Ilmu pajakan dalam kalangan orang Melayu merupakan sesuatu yang peribadi dan ia tidak dihebahkan kerana tidak menggalakkan hutang.

No comments: