Tuesday, August 31, 2010

HARGA EMAS SEPETANG 31 OGOS 2010

salam semuanya,

ini adalah cerita hari Rabu, 31 Ogos 2010 di mana semua rakyat Malaysia cuti umum tanpa ada urusniaga di pasaran saham. Bermakna ekonomi peribadi lumpuh berbanding dengan pelabur emas public gold dalam cuti agen mereka boleh meraih keuntungan dengan membantu pelanggan lock harga semasa tanpa henti 24 jam. Malah agen penditaemas dapat membantu beberapa pelanggan yang mahu membeli emas pada harga yang terbaik.

Pada malam ini saya amat teruja untuk memantau harga bar gold 20 gram dari jam 1.00 petang hingga 1.00 pagi.

Ini disebabkan harga pada setiap hari rabu dan khamis merupakan harga emas yang paling ekstrim iaitu jika naik akan naik secara wangi semerbak dan jika turun akan jatuh membusuk paling teruk.

Ramalan harga naik atau turun yang saya berikan kepada teman2 sudah melahirkan senyuman yang melebar. ini berdasarkan analisa yang saya lakukan setiap minggu. Bila kena beli, bila kena hold tunai, bila nak jual akan saya berikan nasihat kepada semua agen dibawah penditaemas dan uncangemas.net. Mengapa uncangemas.net? kerana admin dialah memberi laluan kepada saya sehingga dapat ke Bali secara percuma.

Di bawah ini adalah contoh pelaburan yang dibuat oleh Pn Fazilah Johar yang tinggal di Taman Indah di Johor yang membuat pertemuan dengan saya di kedai Jonis tingkat 1, JUSCO pada jam 3.00 hingga 4.30 petang telah lock in harga bar gold 20 gram RM2830.00 pada jam 6.30 petang sebanyak 7 pc.

Alhamdulillah selepas pembelian yang dilakukannya sehingga jam 10.00 malam harga telah naik ke paras RM 2856.00. Pn Fazilah telah menerima keuntungan RM26.00 seketul dan RM182.00 untuk 7 ketul. Wow tak payah keluar peluh emas menjana keuntungan buat pn Fazilah. Tahniah Pn Fazilah.

Di Bawah ini carta aliran pergerakan harga emas 20 gram milik pn Fazilah Johar. Pn Fazilah sudah menikmati keuntungan 0.88%.
SUMBER : HARGA EMAS SETIAP 20 MINIT LAMAN WEB PUBLIC GOLD.COM

Ini bermakna emas memberi pulangan setiap detik, saat, minit dan jam.

Bukan macam ASB selepas 365 hari baru dapat untung itupun ciput. Kenapa kata begini, kerana diri sendiri telah melabur dalam ASB. Nak rasa juga ASB beri Dividen 20% cam Bank Rakyat beri 15% itupun setakat ada 660 saham ketika wajib membeli saham Bank Rakyat semasa membuat pinjaman peribadi kali pertama pada tahun 1995.


lihat keuntungan Pn Fazilah pada jam 11.20 malam, pn fazilah telah menikmati perbezaan harga seketul emas 20 gram melonjak sebanyak RM29.00, dari RM2830 kepada RM2859.00. Keseluruhan keuntungan emas selama 6 jam yang terkumpul melonjak kepada RM203.00 UNTUNG 1.024%... Boleh tido lena lepas nie

KEUNTUNGAN PN FAZILAH JOHAR PADA JAM 12.00 MALAM

.

DARI RM 2830 KE RM2862 TELAH ADA PERBEZAAN RM32.00 X 7 PC = RM224.00 UNTUNG 1.131%.....ESOK PAGI TAK PAYAH KERJA, DOK UMAH KIRA UNTUNG , DAH LEPAS GAJI GURU SISWAZAH UNTUK SEHARI ....KALAU GAJI KASAR RM4000.00 / 31 HARI BULAN OGOS =RM129.00/HARI, KALAU BULAN SEPTEMBER RM4000/30 HARI = RM133.33/HARI..KAH KAH KAH
Kesimpulannya:

Tahniah kepada Pn Fazilah Johar telah mengambil tindakan bijak.

-------------------------------------------------------------------------
Hari Khamis 1 September 2010

Jom buat kajian kes terhadap keuntungan pn fazilah bermula jam 1.00 pagi.




Berdasarkan analisa harga emas di atas, berlaku kejatuhan harga sedikit sebanyak RM4.00. Pn Fazilah masih mendapat untung lagi dari pelaburan awal. keadaan ini berlaku kerana perniagaan emas dunia menuju jam 4.00 petang/4 pagi waktu Malaysia berlaku sedikit kekenduran urus niaga setelah berlaku kenaikan mendadak.

So pada pendapat anda, apakah makna kejatuhan kecil dalam harga emas ini?

kejatuhan harga emas yang kecil ini menandakan bahawa harga emas berpotensi untuk berada ke kedudukan yang stabil, tetap dan melantun semula keparas harga paling tinggi. Kata orang Melayu harga ini disamakan dengan harga enjit-enjit semut. Kita saksikan analisa saya esok pagi. Ia turun sikit kemudian memantul semula harga.

Perbincangan dibuat jam 3.15 pagi, kita lihat harga pada emas selepas ini.



Hai rasa seronok plak pantau harga emas nie. A ah kan dah kata harga rendah hanya seketika, dia akan kembali semula ke paras harga tinggi. So jam 3.25 pagi harga emas 20 gram naik RM1 kepada RM2860.

Tetapi sebaliknya pada jam 3.45 pagi jatuh semula pada paras RM2856.00. Masih tiada kerugian sedangkan pemilik emas ini sedang lena diulit mimpi ketika ini.

.

Wah sekejap ajer harga emas nie jatuh, 20 minit kemudian naik semula. Sah harga masa ini ialah harga enjit-enjit semut saper sakit naik atas. So saper tak tahan sakit akan naik dengan pantas ke paras RM2863.00. So pergerakannya jatuh 3, 4 ringgit naik semula 5, 6 ringgit.



Jam 4.25 pagi harga jatuh semula hampir kepada tempat paling rendah sebelum ini iaitu pada paras RM2859.00. Ini bermakna harga akan melantun semula lebih tinggi.






No comments: