Monday, January 3, 2011

BENARKAH MELAYU BUTA EMAS?

ANDA DAN PENDITA EMAS PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN BERSAMA

Salam,

Hari ini 3 Januari 2011 Pendita berjaya mengeluarkan semua emas yang dibeli oleh Pendita melalui kaedah 30% (wang sendiri) dan 70% (modal emas/wang arrahnu) yang dilakukan pada 27 Disember 2010.
KELUARKAN SEMUA EMAS PAJAKAN ARRAHNU 27 dISEMBER 2010 PADA 3 JANUARI 2011

Alhamdulillah tidak sia-sia, cetusan aura emas fizikal terutamanya rantai emas telah menusuk ke kalbu teman-teman Pendita bergelar ustazah. Berurusan dengan mereka sangat mudah kerana tiada terma hutang membeli emas berlaku.

Setelah menerima bayaran penuh, emas dalam pajakan dapat dikeluarkan dari Bank Rakyat Exchange Ulu Tiram dan diserahkan kepada pelanggan dengan selamat. Contoh-contoh emas dibeli dengan formula 30%(modal sendiri)-70% (modal arrahnu) melalui wang pembeli adalah seperti berikut:

a. Emas Padu Gajah (102.05gram) dibeli pada harga RM147.00/g terjual dengan harga RM159/g


B. RANTAI TANGAN 999(24K) 50.52










KETULENAN RANTAI EMAS 999 TERUJI TEPAT MENGGUNAKAN SISTEM 30% - 70% DI ARRAHNU AZ-ZAHAB BANK RAKYAT EXCHANGE ULU TIRAM 27/12/2010

Cerita menarik, sebelum emas diserahkan kepada pelanggan, Pendita cuba memancing beberapa kedai emas dengan menyembunyikan berat dan harga sebenar pembelian yang Pendita buat. Walaupun harga emas semasa 999 (24K) barang kemas kedai Cina memaparkan harga rm166.00/g.

Berikut purity emas yang telah teruji melalui pembelian menggunakan kaedah 30%-70% pada 27 Disember 2010 yang disahkan oleh Bank Rakyat Exchange Ulu Tiram.

surat A: gelang tangan 20g +30g+50g mendapat purity 24K


Surat B dan C kedua-duanya mendapat penilaian 950/22.8K



VERSI PURITY DAN HARGA EMAS 999 MILIK PENDITA YANG BARU DIKELUARKAN DARI ARRAHNU AZ-ZAHAB BANK RAKYAT ULU TIRAM 3/1/2011

Lihat Pelbagai versi ketulenan dan harga emas yang cuba Pendita pancing menggunakan produk yang sama iaitu emas 50.60g yang disahkan emas 24K mempunyai pelbagai versi ketulenan dan harga emas diperolehi

Kedai A(Tauke Cina) : Mengatakan ketulinan emas 950 (23K) tetapi dia beri harga RM5000.00, bila Pendita gertak lagi harga naik RM6000.00, Gertak lagi naik RM7000.00. Lepas itu bermati-matian tauke tanya "lu bila angkat itu emas, belapa lu beli? Pendita diamkan dan terus meminta kembali emas Pendita sambil mengundurkan diri dengan mengatakan pada tauke Cina berkenaan serahkan semula emas saya, jangan ingat saya buta emas. Marah juga tauke kat gua. Wa pun jawab, minta maaf lah tokey, lu tokey pun tak reti nilai harga emas yang wa bawa. ha ha ha. Tuan-tuan mau tau harga belian emas Pendita? Harganya hanya RM7400 sahaja.00

Kesimpulannya : Walaupun barang kemas mereka tersusun rapi, kedai nampak mewah mereka sebenarnya tak pun berwang. Jadi kalau mahu jual juga jangan menunjukkan kita terdesak mahu mendapatkan tunai dari mereka kelak kita sendiri kena sembelih. Jika mahu jualpun jangan sampai makan kos kita.

Kedai B ( Tauke Melayu): Maaf tuan emas anda berkualiti 916 (22K) walhal dah tercatat emas berkenaan tercetak nombor 999. Adakah wajar tauke berkenaan menurunkan purity emas milik kita. Di sini apa yang terjadi. Pendita katakan, betul ke tuan baca purity emas saya nie. Dia kata betul. Tunjukkan bacaan pada saya. Dia pura-pura sibuk tak boleh buat penilaian kali kedua.

Kesimpulan: Apa lagi buka langkahlah Pendita kerana sah-sah tauke nie nak makan wang kita secara maksima dengan cara menurunkan purity emas milik kita dan harga emas yang kita miliki. Kenapa jadi perkara begini? Jawapan mudahnya ialah mindset peniaga emas Melayu masih tertutup mindanya tentang ilmu emas. Sah kalau barang kemas mereka hanya mengatakan puritynya hanya 916(22K). Kedai Melayu nie lagi cekik darah aku.

Kedai C: Bos, memang emas nie puritynya 999 (24K). Berapa tuan mau? RM7500.00 tuan mau. Pendita gelengkan kepala kerana ada untung tapi ciput. Uplah sikit tauke RM8200.00 sanggah Pendita. Haiya wa tatak untunglah bos itu macam. Lalu Pendita mengatakan, kedai tuan memang genius, 5 atau 6 bulan lagi saya akan datang jual emas yang saya pegang pada tuan. So hari ini dapat seorang buyer yang menarik dan nombor telefon telah Pendita simpan untuk kegunaan Pendita.

Kesimpulan : Kedai ini akan menjadi lokasi Pendita untuk menjual emas milik Pendita 5 atau 6 bulan dari sekarang.

Moral: Pendita sebenarnya mencari market untuk emas milik Pendita. Alhamdulillah daripada 3 kedai emas yang dikunjungi kita dapat menilai tauke mana yang memiliki ilmu emas, tauke mana yang mahu merampas emas dan tauke mana mahu menipu harga dan purity emas. Alasan tidak tahu purity dan harga emas semasa adalah tidak logik sama sekali jika kedai berkenaan telah lama beroperasi dalam perniagaan emas. Pendita bukan menjual emas used gold.

MENTALITI PEMBELI EMAS SEPASANG SUAMI ISTERI BANGSA MELAYU

Di atas Pendita menyentuh berkenaan mentaliti pekedai emas menilai emas yang kita miliki, selanjutnya Pendita bercerita tentang gelagat pelanggan emas di kedai Cina yang Pendita saksikan.

Pembeli ialah sepasang suami isteri berbangsa Melayu. Mereka terpengaruh akan design emas yang dipamer. rasanya emas berkenaan dikelilingi 80% batu dan emas berongga. Tauke menjualnya dengan harga RM1800.00 untuk 10 gram (rm180/g). Peh menakjubkan. kalau lepas nie ke pajak memang haru pelanggan tu jawabnya.

Nak naikkan harga jualan tauke keluarkan emas yang sama bentuk dalam berat berlainan dan busat-busat. Mula 10gram, 20 gram, 30, gram, 50 gram dan terakhir 100g. Maka soal bicara hanya tertumpu kepada keindahan gelang emas yang dipegang oleh pembeli dan yang dikeluarkan oleh pekedai Cina.

Jelas mentaliti pelanggan tadi tidak tertarik untuk bertanyakan :
1. Purity emas yang dipegang.
2. Jumlah % emas dalam gelang berkenaan.
3. Harga emas segram.
4. Kos upah yang dikenakan.
5. Rongga gelang padat atau kosong.

Moralnya: Pendita rasa sedih melihat bangsa Melayu ketinggalan dari segi ilmu emas. Bila ke pajak selalu meraih pinjaman ciput tetapi mendambakan purity emas mereka berada pada tahap rendah, dia kata emas 916 tetapi bila dinilai ialah lebih rendah dari harga berkenaan.

So kekadang Pendita rasa kasihan kepada pegawai arrahnu tentang cerita pemajak tidak puashati tentang penilaian yang dibuat oleh mereka kerana kesilapan pembeli itu juga yang tidak berhati-hati membeli emas.

Sebab itu bila kita terlibat dalam bid emas lelong, dapat emas dari pemilik Melayu bila kita pajakkan semula nilainya hanya berpurity 21K atau 20K. Nak bukti baca posting pendita mengenai lelongan pada bulan September 2010.
KLIK SINI. Kes ini menjadi bahan ketawa rakan-rakan Pendita.

No comments: