Monday, January 31, 2011

HARGA EMAS MENYERONOKKAN KITA PADA 1 FEBRUARI 2011

Salam,

Harga emas mencemaskan pelabur baru? Begitulah apa yang Pendita hadapi pada hari ini. "Cikgu macam mana harga emas terus merudum nie? Tempahan dah masuk sistem? Boleh kita tukar harga lock yang kita buat?

Beberapa graf harga emas semasa terbitan lain-lain pihak secara online


Alhamdulillah, dengan berkat panduan yang Pendita sampaikan mereka telah memahami senario pelaburan emas. Dengan kata mudah, bila sudah lock harga emas semasa jatuh atau naik tetap tidak merugikan kita.

Apa yang perlu ada dalam minda kita ialah bagaimana mahu memanipulasikan wang atau emas tersebut supaya menjadi penjana pendapatan yang tinggi setiap masa. Maka gunakan skil yang telah Pendita berikan pada anda melalui telefon.

Mengapa beli emas tidak merugikan kita?

Pertama : Kita melabur emas sebenarnya tidak terlibat dalam jual beli emas yang ekstrim macam saham. Tak perlu kita topup wang yang kurang jika harga emas jatuh. Sebaliknya kita hanya perlu simpan emas tersebut dalam jangka panjang untuk mendapatkan untung yang maksima.


Kedua: Permintaan emas sentiasa ada. Merudum pada hari ini, hari esok akan naik semula. Lihat sahaja kegunaan emas sudah pelbagai fungsinya bukan sahaja sebagai barang kemas tetapi juga sudah banyak digunakan dalam industri, kosmetik, perubatan dan sebagainya.

Ketiga: Nilai intrinsik emas berkenaan memberi pelbagai tarikan dan aura kepada pemiliknya. Jika sebuah negara, negara akan kaya dan makmur dari segi ekonominya, jika sebuah bangunan, bangunan akan cemerlang dari segi nilai estetikanya, jika dalam sukan, pemenangnya berada dipuncak kejayaan, jika wang fiat bersandarkan pada emas, nilai wang dapat berdiri teguh dan kalis inflasi.

Keempat : Jadikan emas anda sifatnya sebagai emas replacement antara pihak syarikat dan pelanggan. Dengan kata lain jika ada pelanggan mahu membeli emas anda, locklah harga emas yang mahu diserah kepada pelanggan mengikut harga semasa yang perlu dibayar. Pelanggan bayar anda transfer pada syarikat, anda terima kembali stok anda.

Menyentuh tentang harga emas semasa pada malam ini, Pendita mengharapkan harga emas berada pada paras USD1300 hingga USD1310. mengapa Pendita berkata demikian adalah satu malapetaka jika harga jatuh melepasi USD1300 kerana ia sudah pun beredar dalam pasaran dunia selama 3 bulan. Nah inilah kelebihan jika kita melabur dalam emas. Harga emas tetap konsisten walaupun jatuh harganya. Iaitu tidak akan melepasi harga yang paling rendah. Jika berlaku bubble pun harga akan melakukan sideway yang stabil.

Berikut terdapat 3 keluk harga harapan Pendita

Line A jika harga masih stabil, anda mampu milik tambahan bawah 1 gram emas lagi.

Line B jika berlaku harga ini, kita mampu milik tambahan bawah 2 gram emas lagi.

Line C, jika berlaku pada harga ini, kita akan mampu milik tambahan 3 gram emas lagi.





Inilah kesan buatan manipulasi harga emas sepanjang bulan Januari 2011. Siapa yang untung? mereka yang memiliki ilmu emas.



Harga emas selepas jam 12.00am (antarabangsa) Malaysia (1.00am) memilih ke keluk A


No comments: