Friday, May 13, 2011

Tanggal 13/5/2011 Jumaat Penuh Dengan Kisah Menarik

Salam,

Posting hari ini, Pendita sekadar mahu bercerita tentang kerja rutin PE. Pertamanya PE dapat menyelesaikan tugasan sebagai Ketua Panitia dan tugas hakiki, menyediakan semua soalan PSK untuk tingkatan 1 sehinggalah ke Tingkatan 5.

Keduanya mengenai Sambutan Hari Guru, berjaya juga membuat sedikit raptai berkenaan hari bersejarah untuk guru di sekolah PE yang akan disambut pada 61 Mei 2011. Walaupun pelajar pengawas sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun dan diminta 'stayback' , mereka tetap mengikut arahan. Terima kasih untuk pengawas-pengawas ku.

Pada hari ini juga, PE telah menghadiri mesyuarat undian Pertandingan bola sepak Piala Nike MUFC Zon Selatan yang membariskan pasukan dari negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Sebanyak 32 pasukan turut serta yang dibahagikan kepada 11 kumpulan terdiri dari kumpulan A, B, C, D, E, F, G, H, I, J dan K. Setiap kumpulan disertai oleh 3 pasukan kecuali kumpulan K hanya dua pasukan.

Agaknya memang rezeki kami menggunakan nama Emas, maka kumpulan K diwakili pasukan Impian Emas dan Pendita Emas. Yang seronok pula, semasa mendengar taklimat, kami duduk bersebelahan antara satu sama lain. Ini bermakna siapa menang akan terus ke peringkat suku akhir dan pasukan naib johan setiap kumpulan akan bertanding lagi dalam kumpulan kalah mati pusingan kedua. Mudah-mudahan pasukan Pendita Emas akan mengungguli pertandingan ini dan terus mewakili pertandingan grand final di Kuala Lumpur.

Tengah sibuk membelek-belek carta emas semasa dalam saham internet, deringan telefon mengundang khabar gembira. Cikgu di mana? Min nie. Ada teman saya mahu beli emas GCP dalam lingkungan RM10,000.00. Boleh saya bawa dia jumpa PE?. Dipendekkan cerita, pembeli emas menemui PE dan berbincang, akhirnya satu keputusan berjaya di capai rantai tangan GCP berjumlah RM16,500.00 bertukar tangan. Satu hal lagi, Min bertanyakan komisen. PE serahkan RM200.00 atas penjualan emas berjumlah 100g sebabnya 2 orang membawa pembeli yang sama. Murah hati juga PE, bukan apa tidak tergamak nak beri komisen ciput untuk mereka. Mudah-mudahan mereka akan bawa pelanggan emas baru buat PE.

Keutungan disambung lagi dengan panggilan pembeli yang mahu menyerahkan wang tunai di dalam bank atas pembelian emas orang lain sebanyak 150g (100g 1 pc dan 50g 1pc dengan nilai RM24,200.00. Setelah PE transferkan wang, tanyalah pula berapa komisen yang dia boleh beri? Maka dihulurkan RM30.00 sahaja untuk penjualan emas beliau. Fuyoo, mahalnya kerja yang telah aku laksanakan untuk membantu melariskan jualan emas dia. Apa dia ingat syarikat Pendita Emas tidak ada klas. Mentang-mentang PE buat tidak kisah, merekapun rasa tak kisah.

Susah juga dengan orang kedekut nie. Yalah orang berniaga emas kalau dah kita bantu lepaskan masalah, munasabah ke bagi RM30.00 jika nilainya pun tak sampai suku gram apabila 1 gram =RM162.00. Luak sangat kew bro. Benar kata orang, kawan senang mudah dicari tapi kawan susah sukar didapati.

Tidak terfikirkan dia akan kerja PE talk dan dapatkan klien, buang minyak jumpa pelanggan untuk dia malam-malam menjelaskan hal pelaburan emas, buang bil telefon berulang kali bertanyakan hal payment dari pelanggan dan penghantaran emas dari penjual tetapi tunjuk lagak pulak, demand plak bayaran melalui cek tidak mahu terima, hanya mahukan cash.

Maka dalam hujan selepas solat Jumaat, PE melayanlah kerenah pembeli, bila harga sepatutnya dia bayar RM36,000.00, tup-tup ASB hanya benarkan pemindahan wang RM25,000.00 sehari. Waduh-waduh terkena lagi aku. Lama PE menanti terpaksalah PE batalkan pertemuan dengan Klien lain di JB. Profesionallah sikit bro. Lawyer hantar surat buat tuntutan bayaran balik kad kredit pun letak harga RM50.00. Nak berjaya berkorbanlah sikit, Bagi komisen tu munasabahlah sikit kita jual emas bukan jual kerepek ubi.

Nasib baik PE bertindak bijak, dapat juga keuntungan RM800 dari pihak pembeli walaupun dipihak kedekut hanya menyumbang pendapatan RM30.00. Anda janganlah nak mengkritik PE selepas selesai transaksi boleh dapat untung kanan dan kiri. Adatlah, komisen jual beli emas bukan dapat hari-hari. Naik harga tinggi barulah ada teman lain minta tolong. Time harga rendah nak dapat income apa? Sib baik kerja nie sekadar mengisi masa lapang.

Dalam blog ini juga PE nak beritahu, mengapa PE tidak melayan sesiapa yang meminta bantuan untuk melariskan stok emas mereka. Semuanya kerana selesai transaksi mereka buat-buat lupa plak. Bila ada masalah transaksi minta panduan itu, ini. Tetapi bila selesai senyap seribu bahasa. Apa salahnya, ucap terima kasih pun dah cukup. Terkini ada rakan PE bila ada masalah nak gunakan wang, tanpa malu-malu nak minta pertolongan Pendita. Jawabnya carilah sendiri. Anda kena beringat, jika orang mahu bantu anda, anda juga mempunyai nilai yang sama dengan PE.

PE suka beri ilmu percuma.

2 comments:

Edge said...

adat dunia... kawan masa ketawa senang memang ramai.. masa kita susah siapa yang ingat ngan kita... kekawan yang setia ja...

Edge said...

memang betul PE, kekawan masa senang ketawa memang ramai berjuta.. kawan masa susah duit tinggal sekupang mintak bantuan idea macamana nak buat duit langsung tak angkat henpon.. bukan mintak duit.. mintak buah pikiran.. manatau boleh bantu.. buka jalan.. -mohd amir sepang jengka-