Friday, May 6, 2011

Apa Kesan Kejatuhan Harga Emas Atas Pelaburan Emas Kita

Salam,

Posting pada minggu ini merupakan posting yang paling tidak suka kita dengar iaitu kejatuhan harga emas setiap hari sepanjang minggu ini. PE juga rasa tidak terpanggil untuk membuat ramalan harga pada minggu ini, baik paras kenaikan harga mingguan maupun harga penutup. Tidak seperti pada minggu-minggu lepas sangat seronok membuat ramalan harga emas semasa tetapi pada minggu ini langsung tidak berlaku.

Berbalik kepada cerita kesan yang berlaku kepada pelaburan emas apabila harga emas merudum ialah:

1. Harga jualan jatuh diikuti dengan penurunan paras harga emas buy back emas fizikal. Ini bermakna jika anda mempunyai rancangan untuk mencairkan nilai emas anda dalam tempoh terdekat yang baru menyimpan kurang setahun, anda akan menghadapi kerugian atau melupakan hasrat berkenaan disebabkan oleh harga belian semula emas anda telah berada di bawah kos belian sebenar anda. Bagi yang telah menyimpan emas anda dalam tempoh yang lama lebih dari setahun sudah pasti memberi keuntungan pulangan modal dan keuntungan nilai emas semasa.


2. Kejatuhan harga emas antarabangsa dikuti dengan kenaikaan harga Ringgit berbanding dolar AS juga memberi impak negatif ke atas profit kita masa kini. Ini bermakna kejatuhan harga emas 20% dalam dolar diikuti kenaikan harga Ringgit 0.5% sudah pasti mencetuskan kesan negatif atas pengumpulan wang tunai anda. Ini disebabkan RM dalam simpanan yang naik sedangkan nilai emas bersandarkan dolar AS merudum.
Dicadangkan langkah terbaik untuk pelabur ialah biarkan aset emas anda dalam bentuk fizikal beberapa tahun lagi bagi menanti kenaikan dolar dalam pasaran antarabangsa. Buat pajakan jika memerlukan tunai bagi memastikan emas fizikal untuk bertahan dalam simpanan 6 bulaan, 12 bulan atau 18 bulan lagi.

3. Kejatuhan harga emas merudumkan harga saham. Dalam kes ini, jika kejatuhan harga emas. margin profit pelabur akan terjejas. Jika merudum berterusan akan menyebabkan kerugian yang sangat besar bergantung kepada nilai pelaburan kita. bagi mengambil keuntungan berlipat ganda dalam tempoh terdekat call margin perlu dibuat samada dalam bentuk menambahkan profit pegangan dengan nnebuat penambahan pelaburan masa demi masa. Kes ini sangat sesuai kepada kekuatan kewangan pelabur.

Bagi yang membuka akaun individu terpaksa berpuashati kepada harga yang telah di bid. Bagi pelabur berkumpulan yang mempunyai 10 atau 20 pelabur dalam satu akaun boleh buat call margin dengan lebih baik, iaitu buat penyusunan belian harga saham pelbagai peringkat harga terendah yang ada.

Perbandingan jika individu masuk 10 lot saham bermodalkan RM60,000.00 mungkin hanya termampu membida harga dalam enam tingkat, tetapi yang bergabung akaun dengan masing-masing 10 lot X 20 nama X RM6,000.00 = RM1, 200,000.00 akan dapat membida 200 paras harga yang merudum. Ini bermakna yang individu akan terus sanggap tetapi berkumpulan akan terus melebar senyumannya kerana mereka dapat mengikuti peringkat kejatuhan harga dengan lebih baik. Keuntungan dapat diagihkan bersama.

Contoh kerugian sementara atas pelaburan saham emas :


4. Kejatuhan harga emas menurunkan nilai harga emas yang baru dikeluarkan dan dibeli serta emas terpakai. Ini bermakna pemilikan emas sedia ada menjejaskan nilai simpanan emas yang tersedia ada bila dicairkan. Ini bermakna kerugian kepada pemilikan aset emas sedia ada berbanding kepada pelabur yang baru mahu memilikinya. Jangan lupa proses pemilikan emas umpama roda ada masa untung dan ada masa rugi bergantung kepada faktor masa, pasaran saham, perubahan mata wang tempatan dan mata wang pautan kita.

No comments: