Saturday, July 27, 2013

Harga Minyak tinggi USD104/tong, Inflasi sudah bermula di sana-sini

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,

Minyak Global

10 Julai 2013 Persatuan negara-negara pengeluar minyak dunia (OPEC) menyatakan bahawa permintaan minyak akan bertambah 1,000,000 tong/ hari pada tahun 2014 dengan menjanjikan bahawa penawaran dijangka tidak terangsang akibat dari pergolakan politik dunia.

Ini bermakna tinggal 5 bulan sahaja lagi tahun 2013 meninggalkan kita kita telah dihidangkan dengan berita yang tidak enak seperti kita yang menjadi pengguna bandar menghadapi situasi serba-serbinya berbayar.

Terkini harga minyak telah bertahan melepasi USD100/tong dan pada 19 Julai 2013 berada pada paras tertingginya USD108/tong dan ditutup rendah sedikit pada akhir dagangan minggu ini di paras USD104/tong.


Kenaikan harga minyak dunia mendorong negara-negara pengguna bahan api akan menyerap kenaikan melalui kenaikan harga jualan minyak domestik negara masing-masing.

Minyak = Inflasi di Indonesia

Impak daripada kenaikan harga minyak telah menolak naik kadar inflasi di sana-sini. Berita dari negara jiran Indonesia inflasinya sudah berada pada kadar 8% apabila kenaikan harga minyak dunia membawa kesan kenaikan harga minyak tempatan yang ditentang oleh penunjuk perasaan pada 17 Jun 2013 yang lalu.

Kita sedia maklum bahawa bahan api gasolin (minyak tanah) sangat diperlukan oleh setiap isi rumah di Indonesia bagi kegunaan memasak (dapur kompor) dan menyalakan api pelita setiap malam seperti yang dialami rakyat negara kita tahun-tahun 1970an hingga 1980an.

Mengikut sumber, kenaikan inflasi pada tahun 2013 tidak seperti pada tahun 2005 dan 2008 apabila kenaikan mendadak inflasi pada 8% diakibatkan oleh kelemahan nilai Rupiah sedia ada.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130727/ek_01/Inflasi-Indonesia-8-peratus

Ini bermakna inflasi di Indonesia ketika ini disebabkan oleh kuasa beli rupiah itu sendiri.

Minyak VS Inflasi di Malaysia

Bagi negara Malaysia juga jika kenaikan  inflasi berlaku, Ringgit Malaysia berada pada nilai kuasa beli RM yang rendah kerana ketika ini nilai RM lebih kurang RM3.20 bagi setiap 1 USD.

Pendita Emas merasa bersyukur hidup di Malaysia, walaupun berlaku kenaikan harga minyak ia banyak menghambat pengguna berkenderaan secara total.

Untuk bebanan penggunaan gasolin (minyak tanah) di rumah-rumah rasanya dalam amount yang kecil bagi setiap bulan.

Manakala penggunaan gas memasak, harga gas bersubsidi RM24.60/tong mampu mengurangkan kos belanja gas sebanyak 4 bulan jika digunakan secara maksima setiap hari.

Dari sudut barang kepenggunaan dari Jan-Jun 2013 sekadar 1.6%.  Pendita Emas merasakan kerajaan Malaysia telah bertindak lebih bijak di sini walaupun kita melihat seolah-olah kerajaan lambat bertindak antaranya:

i. Perkongsian kekayaan melalui hasil sumber negara melalui subsidi minyak yang berterusan.
ii. Subsidi ke atas barangan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak makan.
ii. Pelan kontigensi penstabilan harga barangan asas seperti ayam dengan membuka lesen pengimportan yang baru.
iii. Kawalan harga barang keperluan untuk musim-musim perayaan sangat terpuji.

Walau bagaimanapun keberkesanan pelaksanaan harga barang kepegunaan bergantung kepada pelaksanaan penguatkuasaan.

Disamping itu kemakmuran ekonomi belum tentu mengekalkan kesejahteraan ekonomi domsetik jika persekitaran ekonomi negara serantau dan dunia mengalami inflasi sebabnya pembuangan pekerja akan berlaku jika produk kita gagal dieksport ke negara yang memerlukan.

Terkini MIER menurunkan kadar kenaikan ekonomi negara kita atas faktor nilai eksport yang menguncup sehingga Mei 2013.


No comments: