Tuesday, February 22, 2011

CERITA MLM TUMBUH LAGI

Salam,

Alhamdulillah, sejak terlibat dengan pelaburan emas, ramai telah mengenali Pendita terutama tauke-tauke MLM. Pujukan demi pujukan Pendita terima saban hari. So untuk makluman tuan/puan Pendita tidak berminat untuk menyertai tuan/puan dalam perniagaan ini.

Sudah pasti mereka akan menghubungi rangkaian networking Pendita yang tersenarai. kerana dah ada rangkaian Pendita meminta nasihat Pendita mengenai hal ini.

Sebagai panduan rakan-rakan, jika ada yang menelefon anda yang menyatakan joint itu company Unifire bermodalkan RM3000 + RM5000, RM7000 + 5000 anda akan dapat membeli emas berpuluh-puluh kilo abaikanlah kerana Pendita tidak menyertainya.

Jika mau mendapatkan emas fizikal berkilo-kilo jenama pamp suisse sijil pink colour, ia terjual lebih murah di luar bermula pada harga RM13,000 hingga 14,500.00.


Jika ada yang menjual lebih tinggi dari harga yang Pendita nyatakan kita kena terima juga kerana mereka juga sudah mengeluarkan harga kos belian dan membuat simpanan yang lama semasa harga tinggi dan mengikut harga pasaran semasa.

Walau bagaimanapun Pendita cadangkan pencarian emas fizikal pada harga kompetatif adalah lebih baik. Dalam hal ini perbanyakkan networking agar kita menemui emas yang genuine.


Jika menyambar nama-nama rakan networking Pendita untuk mereka tarik masuk ke dalam kumpulan mereka dan mereka bersetuju menyertainya itu pilihan mereka.

Jangan menggunakan nama Pendita dengan kata-kata "Pendita, boss tuan/puan dahpun joint sekali takkan tuan tak nak ikut".




No comments: