Friday, February 18, 2011

CERITA MENARIK TENTANG AKTIVITI PERNIAGAAN



Salam,

Pada hari ini pendita ingin menyampaikan beberapa kata-kata menarik yang diperolehi dalam pertemuan dengan tauke emas dari Penang:

1. Kata salah seorang peniaga India, sewaktu tengah rancak berniaga tentang pelaburan wang semasa zaman keagungan Swisscash, aku pernah dipermainkan oleh beberapa orang sahabat paling rapat. Aku telah dianiaya oleh rakan sekutu atas pelaburan yang dibuat yang mengalami kegagalan. Sejak peristiwa itu, aku telah diikuti oleh 2 orang gangster setiap hari. Buka sahaja mata, mereka sudah berada di depan pintu rumah, pergi makan kedai mamak sentiasa mereka follow aku. Hidup aku tidak tenang sehinggalah satu hari kereta mahal milik aku telah dibakar. Ku report polis, pihak polis pulak mengarahkan aku, nak sattle lu bayarlah hutang. Jenuh juga aku membayar wang pelaburan yang lesap RM3000 setiap bulan. Akhirnya aku berjaya melunaskan hutangku.

Kerana aku jujur Tuhan merahmati hidup ku, kini apa sahaja yang hilang sedikit masa lalu telah tuhan balas berlipat kali ganda. Rumahku bernilai lebih setengah juta, keretaku sudah bertukar baru, hidupku bertambah maju. Semua kisah lalu mengajar aku.

2. Kisah Pak Aji mengasuh 250 anak yatim bertunjangkan ekonomi sebidang tanah yang ditanam dengan tebu berbanding dengan kontraktor yang sentiasa mendapat keuntungan yang besar. Si kontraktor yang mendapat keuntungan beratus ribu dan bergaji RM20,000 sebulan tidak dapat menyimpan wang setiap bulan. Wang yang dimiliki menyusut sedikit demi sedikit. Hidup lintang pukang, anak saban minggu masuk hospital, kereta baru dibeli sentiasa meragam.

Berbanding dengan Pak Aji yang mengusahaka ladang tebu menyara 250 anak yatim boleh hidup tenang aman dan bahagia. Hasil tebu wow besar-besar dan penuh dengan gula. Semua tebu untuk pasaran kilang. tiada keluhan dari Pak Haji untuk menyara seramai 250 orang anak yatim

3. Kisah Kejahilan dan kemiskinan, memandangkan orang yang Pendita temui pada hari ini berasal dari utara maka banyaklah isu yang berlaku berkisarkan di Utara.


KEMISKINAN tegar masih berlaku di Malaysia dengan majoritinya orang Melayu. - Gambar hiasan

Depa kata masyarakat kaum kita yang menjadi kelemahan untuk meneruskan kehidupan yang cemerlang ada dua perkara yang perlu dijauhi iaitu 2K (kejahilan dan kemiskinan).

Kita tidak boleh salahkan anak-anak yang menghadapi masalah kemiskinan. Sepatutnya orang tua mereka kita persalahkan kerana mereka tidak berusaha untuk membantu keluarga mereka. Kerana kejahilan mereka, mereka serah bulat-bulat dengan dendangan kata-kata "setiap anak yang lahir di dunia sudah ditetapkan rezeki masing-masing oleh Allah".


Mana boleh menyerahkan kepada takdir dengan lagu tu. Keluarga mereka perlulah membuat laluan untuk anak-anak mereka berjaya sekurang-kurangnya cemerlang dalam akademik. Taklah berlaku kejadian menjual maruah semata-mata nak mendapatkan wang pendahuluan membeli notebook untuk anak-anak depa belajar.

Saya sahkan kes ini kerana saya sendiri terima sms pelajar yang membuat perkhidmatan tersebut. Bila bertemu dilokasi nampak budak tu baik sangat, sopan, lengkap sebagai muslimah tetapi kerana desakan untuk mendapatkan notebook macam rakan-rakan sebilik dia sanggup buat lagu tu semata-mata untuk ansuran beli komputer.


.http://mhonam.files.wordpress.com/2008/04/dsc_0111.jpg
Pelacur dicekup pihak berkuasa. Gambar hiasan

4. Beli emas, tanah atau rumah kedai yang lebih menguntungkan.

Emas lebih menguntungkan kerana sejarah telah merekodkan bahawa kenaikan harga emas antara 20% hingga 30% setahun. Ini bermakna jika inflasi tahun 2011 berada dalam 4% masih ada keuntungan 16% hingga 24%. Ini bermakna jika melabur dalam emas dengan nilai RM1.00 kita akan dapat kenaikan nilai RM20 dan RM30. Wow besar tu jika kita ukur nilai mengikut nilai 1 kilogram.



Rumah kedai. benefitnya mengikut kedudukan di mana rumah kedai tersebut berada. Jika dalam kawasan bandar yang pesat setahun akan menikmati kenaikan purata RM2000.00, pinggir bandar RM1000.00 pekan pula akan menikmati kenaikan nilai harta RM500.00

Beli tanah dan tanam kelapa sawit. Merupakan pelaburan yang lambat menjana keuntungan. Ia memerlukan masa yang panjang. Jangan terkejut anda akan mengalami kerugian 300%. Sebagai contoh anda mempunyai 10 hektar tanah dan ditanam dengan kelapa sawit. Katakan selepas 5 tahun kelapa sawit mula berbunga andakah anda pasti boleh memungut hasil 300 tan. Apa akan terjadi semasa pokok berbunga dan dalam masa sama berlaku musim kemarau? Sudah pasti bunga tidak menjadi, buah kecut dan minyak tidak ada dalam buah. Kesannya sasaran awal yang ditetapkan hilang semuanya.

No comments: