Alhamdulillah, harga emas semasa pada tanggal 24/2/2011 sangat menguntungkan kepada kita semua, baik kepada pembekal, pengeluar, penjual dan pembeli. Perubahan harga emas sentiasa berlaku selama 24 jam. Sangat menguntungkan jika emas fizikal dalam milikan kita.
Tiga puncak harga dalam tempoh 14 jam sehari membuktikan nilai emas segram berubah mengikut pasaran emas semasa. Semuanya disebabkan proses jual beli dalam pasaran semasa yang ekstrim. Apa-apapun pasaran emas domestik juga berubah.
Tengahari tadi berkesempatan juga Pendita menukar surat pajak emas di Koperasi Permodalan Melayu Johor . Harganya seperti berikut emas 999(RM160.00/g), 950(RM152.00/g), 916(RM147.00/g). Dengan ini, kedai pajakan mendapat amount pinjaman yang baru dan nilai simpanan yang baru.
Sebagai pelombong emas mereka akan merasai kenaikan harga emas sebagai satu harga yang membantu mereka menutup kos yang dikeluarkan sebelum ini. Kerja mereka dianggap berbaloi selama ini. Pemegang saham tidak lari, teknologi boleh diperbaharui.
Sebagai pengeluar rasanya sudah menarik nafas lega apabila produk mereka sudah boleh dijual dan menikmati kenaikan harga seringgit dua sebagai tanda kesabaran mereka selama ini. Jika ada hutang yang tertunggak sekurang-kurangnya menjual sekilo dapat menampung hutang tertunggak sebelum ini.
Kepada peraih dan penjual yang merasa suram di atas kelembapan jualan selama 6 minggu di awal tahun, kini dengan peralihan pelanggan lama menghimpit mereka kembali, mereka sudah boleh senyum memanjang. Aktiviti perniagaan emas kembali rancak. Perang harga mula terpampang di premis masing-masing. Keuntungan mereka tetap. Tak naik harga emas, naik harga upah, tak naik upah naik harga emas. Pusing-pusing tetap mendapat harga jualan yang sama.
Kepada pelanggan baru pula, mereka menikmati kenaikan harga ini sebagai tanda positif. Mereka termotivasi dengan gelagat ini. Ketika ini kita mula kedengaran suara keluhan menyalahkan diri sendiri. Mengapa aku tidak beli sebanyak mungkin emas minggu lepas atau kalau aku beli masa harga emas merudum pada minggu lepas bukan kah menguntungkan, tapi apakan daya menyesal aku tak beli banyak-banyak kerana masa itu walaupun wang saku aku sangat lebat ketika itu.
Persoalan Pendita bilakah puncak USD1419 di capai?
Siapa boleh menjawab bagi pihak Pendita kerana malam ini Pendita ada rewang di sekolah sebagai persiapan sambutan Maulidul Rasul esok pagi.
Jika ada yang bertanya Pendita, Pendita beri jawapan selepas jam 8.00 malam atau lebih awal. Kenapa? Dah tunjuk 3 puncak harga takkan harga tak mahu naik lagikan beb.
No comments:
Post a Comment