Friday, February 18, 2011

RUMUSAN PERGERAKAN HARGA MINGGU KE 3 BULAN FEBRUARI 2011

Salam,



Alhamdulillah, pergerakan harga emas pada minggu ini memang sangat menarik sekali. Ini disebabkan harga emas semasa telah :

1. Menerima harga harapan yang Pendita gariskan sejak minggu lepas iaitu harga emas akan melepasi USD 1380/oz.

2. Harga emas domestik juga telah mengalami perubahan harga dengan melepasi zon RM3100 bagi emas 20 gram.

3. Harga emas telah bergerak ke harga break away yang berterusan yang didorong oleh pergerakan dua harga ujian.

4. Minggu ini merupakan minggu harga emas take off iaitu harga emas turning point yang akan menjadi asas pencetusan harga emas yang lebih tinggi. pemecahan harga bubble yang bergerak secara side away pada kedudukan RM1350 hingga USD1360 selama 2 minggu dalam bulan Februari 2011 merancakkan lagi kenaikan harga emas semasa.

5. Harga emas sudah mencetuskankan semula kuasa dorongan motivasi dan psikologi pelabur emas untuk setia dengan pelaburan emas. Ini disebabkan kenaikan harga memberi banyak pilihan harga untuk pelabur beli dan jual stok emas dimiliki. Malah boleh membuat simpanan sementara bagi menanti harga lebih tinggi lagi untuk dijual.



No comments: