Thursday, February 24, 2011

Mampukah Pendita Merealisasi Projek Dinar Dan Syiling Emas

Salam,

Pada pagi tadi setelah membuat pajakan secara kontra masuk gelang emas 999 keluaran GCP dan wang digunakan untuk mengeluarkan dinar Public Gold yang telah dibeli oleh pelanggan Pendita dari Kedah sebanyak 9 pc, tiba-tiba seorang yang berpengaruh di negeri Pendita mahu bertemu dengan Pendita.

Diringkaskan cerita orang yang menemui pendita berminat untuk mengikut jejak Pendita mengeluarkan Dinar dan syiling emas sendiri. Setelah penerangan diberi secara terperinci, orang besar tersebut menerima bulat-bulat saranan Pendita dari segi penyediaan modal, bekalan, cetakan dan pemasaran. Alhamdulillah kepala orang besar yang hampir botak telah Pendita bantu untuk ceriakan.

Yang menarik orang besar ini telah diarahkan oleh bos atasannya untuk menjana income melalui pelaburan emas dalam apa cara bentuk. Bertepatan dengan harapan Pendita macam sudah mengantuk disorongkan bantal. Kertas kerja yang dah sedia untuk mencari pelabur telah membuahkan hasil.

Alhamdulillah, rezeki nak mula masuk nampaknya. Dari laba yang ciput, mahu masuk laba yang bergantang-gantang nampaknya.

Sambil memotong daging akikah sebagai juadah sambutan Maulidul rasul pada 25 Feb 2011, kepala Pendita kena ligat cuba mendapat beberapa rangkaian baru untuk mereliasasikan matlamat Pendita dan orang besar tadi. Antara tugas sebelum pembentangan kertas kerja di depan boss kepada orang besar Pendita perlu mendapatkan :

1. Pembekal emas mentah
2. Kilang pencetakan
3. Anggaran kos
4. Sistem Pemasaran
5. Keuntungan pelaburan


1. Alhamdulillah, cara mendapatkan bekalan emas mentah yang dicadangkan Pendita telah mendapat persetujuan dari pihak orang besar.

2. Semasa pertemuan dengan rakan yang diberi tugas untuk mendapatkan sebut harga mould dan percetakan, tercetus satu idea baru apabila bekalan stok emas seluas kontena 20'x 10' diketahui. Idea ini sangat sulit.

3. Jika berjaya projek ini, sukses hidup Pendita.

No comments: