Saturday, February 19, 2011

BILAKAH MASA SESUAI KITA BOLEH MEMBELI EMAS

Salam,

Pendita mendapat banyak panggilan dari teman-teman pelabur emas yang merancang, baru menceburi dan yang telah lama terlibat dengan pelaburan emas.

Persoalannya ialah bilakah masa yang sesuai kita membeli emas?

Di sini Pendita sedia berkongsi pengalaman membuat pembelian emas mengikut keadaan harga semasa berikut:

1. Harga emas jatuh.

Keadaan situasi pasaran begini merupakan masa yang paling baik untuk kita membuat pembelian stok emas dalam kuantiti yang paling besar dan banyak. Gunakan segala instrumen kemudahan kredit yang ada samada wang simpanan, pinjaman wang peribadi atau kad kredit. Walau bagaimanapun bagi tujuan pembelian emas semolek-moleknya gunakanlah wang tunai. Pendita tegaskan gunakanlah wang tunai.

Tetapi adakah ketika harga emas jatuh, anda mempunyai wang untuk membeli emas yang berharga murah ?

Pendapat Pendita, rasanya sangat sukar jika kita bertindak sebagai pelabur pasif. Dengan kata lain pelaburan begini sangat merugikan pada jangka masa pendek jika kita menjual emas milik kita.

Mengapa? wang tunai kita sebenarnya sudah terpendam dalam emas dan sangat sukar mahu mencairkan stok emas dengan segera ketika harga emas jatuh merudum. Maka akan terdetik di hati pelabur jika baru beli pada harga RM3250 untuk 20 gram pada bulan Januari 2011 dan nak jual pula harga sudah jatuh ke paras RM3050 dan harga belian semula RM2850, ermm mana untungnya.

Begitulah senario yang berlaku jika harga emas jatuh, keadaan panik dalam kalangan pelabur mulai timbul dan memberi kesan berikut:

1. Membatalkan pembelian yang telah dijanjikan, maka yang menghadapi masalah ialah pembawa pelabur berkenaan.

2. Harga jatuh menyebabkan harga emas lebih murah. Adakah harga murah akan memberi kelebihan kepada pemilik emas jika mahu menjual asetnya. Rasanya susut nilai emas yang diperolehi penjual emas mengalami defisit yang teramat besar melebihi 20%. Silap-silap harga ditawarkan oleh rakan-rakan pembeli menjadi lebih rendah dan makan pokok.

3. Penurunan harga emas menurunkan kesan psikologi dan motivasi kepada pelabur. Pendita telah menerima banyak kes mengenai pelabur jenis ini. Kepanikan pelabur ini berada tahap gaban. Bila dia lihat sahaja harga emas sudah menurun RM20.00 terus buat keputusan menyuruh Pendita menjual aset mereka. Kena pula ada support dan sokongan pihak lain dengan adanya skim-skim cepat kaya yang menguntungkan mereka dalam jangkamasa pendek terus mengatakan pelaburan emas fizikal merugikan. Yang best, bukan satu jongkong tetapi kesemua jongkong emas milik mereka lebur.

4. Tiada pilihan harga yang pelbagai kerana harga sudah berada pada tahap minima. Maka hanya ada untung atas penjualan emas milik peribadi hanya mencapai 3%. Jika kita upkan lagi harga alamak simpan sahaja emas anda.

Kes ini telah Pendita alami semasa menjual emas lombong pada bulan Januari 2011 memakan masa selama 2 minggu untuk mendapatkan harga yang tinggi. Akhirnya dengan harga yang tidak munasabah terpaksa kami lepaskan walaupun keuntungan yang diharapkan mengecut.

Berbanding dengan posting emas lombong 5 kilo dan perak 30 kilo pada jam 2.00 petang 18/2/2011, group Pendita boleh main harga tak sampai 3 jam urusniaga, harga emas yang cantik telah dapat kami muktamadkan.

Siapakah yang boleh membuat pembelian emas ketika harga semasa emas jatuh?

Jawapan Pendita mudah sahaja siapa yang ada wang. Ini bermakna sesiapa ada wang buatlah pembelian harga emas pada setiap situasi harga emas menurun atau naik dan pilihlah produk emas yang harganya paling rendah.

b. Kenaikan harga emas

Dalam situasi ini, pembelian emas ketika harga naik merupakan satu pilihan bijak. Ini kerana kita sentiasa alert mengenai pergerakan harga emas. Walaupun dalam jangkamasa pendek, jika kita pandai menilai pergerakan harga emas sangat menguntungkan anda jika anda pelabur emas yang genuine.

mengapa?

1. Harga emas berubah-ubah setiap masa dan kita boleh memilih pelbaga harga emas jualan yang kita mahu buat.

2. Tahap psikologi dan motivasi pelabur adalah positif. Ketika ini jika kita kata A, A lah jawapan yang pelabur baru atau pembeli emas ikuti.

3. Kita penyedia harga penawaran emas milik kita. Senang kata siapa mahu beli emas kita akan mengejar kita jika harga emas milik kita kurang RM0.10 dari harga market.

4. Jual beli emas menjadi rancak. Pusingan atau kitaran hayat emas dapat berputar dengan pantas kerana penangan kenaikan harga emas.

Kesimpulan

Pendita tetap menyokong bahawa ketika harga emas naik adalah satu saat paling sesuai kita membuat pembelian emas jika kita sebagai pelabur emas aktif kerana kita dapat pelbagai harga emas dalam sehari dan merugikan ketika harga rendah kerana diwaktu itu pergerakan jual beli emas terhad, pasif dan mengecewakan kerana harga emas berada pada tahap paling minima.

Tinjauan seketika pendita mengenai trend pembelian emas di kedai-kedai emas masa kini, respondan yang Pendita temui dikalangan peniaga-peniaga emas mengesahkan bahawa ketika harga emas jatuh diawal tahun tidak ramai pembeli yang berkunjung ke kedai emas walaupun ketika itu harga pasaran domestik diturunkan dari RM166/g kepada RM160/g untuk barang kemas 999 sempena Sanbutan Tahun Baru Cina.

berbanding dengan pelabur pasif, pembelian emas pada harga murah lebih menguntungkan mereka kerana pelabur jenis ini mampu mempertahankan aset mereka melebihi 3 tahun.

Kenapa mereka boleh mempertahankan aset mereka?

Jawapan mereka ialah:

1. Sudah ada aset lain, emas merupakan aset tambahan bagi mereka.
2. Saya dilahirkan dalam golongan berada dan berwang. Naik turun emas tidak merisaukan saya.
3. Saya dah ada semuanya, wang saya banyak , perlukah saya melabur dalam emas? Tetapi kerana saya kenal anda, tak apa saya sediakan peruntukan yang ada untuk membeli emas anda.




No comments: