Tuesday, February 8, 2011

Umpan dihulur roti berkepalkan belacan, sebab tu harga naikpun kecil




Salam,

Alhamdulillah harga emas telah naik pada awal pagi dari hanya RM3054 melonjak ke RM3082.00 sebagai rujukan (gunakan emas 20 gram). Ini bermakna setiap gram mengalami kenaikan dalam RM (RM1.40/ gram). Walaupun kecil, sudah dianggap besar kenaikannya.

Menyentuh tentang kenaikan harga pada awal pagi selepas jam 12.00mlm sasaran Pendita harga menjadi break away, tetapi nyata meleset kerana pergerakan lebih kepada kelukan harga side away naik kemudian terus melengkung sedikit tetapi kemudiannya berpatah balik kepada harga paling awal yang menjadi harga titik kenaikan pagi tadi.

Walau bagaimanapun, tidak mendukacitakan. Stok emas boleh disimpan buat seketika lagi bagi menunggu harga emas melonjak kepada USD1400/oz.

No comments: