Salam,
Alhamdulillah, catatan harga harapan Pendita pada kedudukan USD1380/oz yang digalurkan selama seminggu lepas telah dipenuhi oleh pasaran harga emas semasa antarabangsa tepat jam 1:02 minit pagi 17/2/2011 pada kedudukan USD1380.73/oz.
Ini sudah tentu menggembirakan kita semua bila mana stok emas domestik mula membuat langkahan positif ke kedudukan RM3099 untuk bertukar angin ke harga RM3100 ke atas. SUdah pasti selepas jam 1.20 pagi harga akan berubah lagi.
Perubahan harga ini bukan sahaja merubah harga emas, tetapi turut mengubah harga semasa perak.
Begitu juga dengan harga dinar turut mengalami perubahan harga domsetik yang menarik.
Pemantapan harga yang tinggi dikekalkan momentumnya selepas jam 1:14 pagi 17/2/2011 pada harga melebihi USD1380.00 kepada USD1381.00.
Wowww, harga di luar jangkaan Pendita kerana ia telah melepasi sasaran harga mingguan yang disasarkan. Jika berlaku berterusan itu adalah harga bonus untuk Pendita.
Jika harga ini berterusan tindakan kita ialah:
1. Sesiapa berniat untuk menjual stok emas, kita tangguhkan dahulu kerana ada kemungkinan nilai atau harga melebihi USD1380 akan berlaku berterusan. Sudah pasti titik mula pantulan harga emas bermula pada minggu ini.
2. Pajakan yang disarankan pada posting lepas dibuat pada hari Khamis, tangguhkan dahulu aktiviti pajakan dan buat pajakan pada hari Jumaat.
3. Kerisauan pembeli emas bahawa harga emas akan naik seperti yang pendita cadangkan, kini sudah menjadi kenyataan. kepada mana-mana pembeli emas dengan Pendita, maafkan Pendita kerana menyimpan stok untuk menanti harga sasaran yang dibuat minggu lalu. Alhamdulillah sudah berhasil nampaknya.
Harga emas domestik selepas jam 1:20 pagi:
Seperti dijelaskan pada catatan terawal bahawa harga emas 20 gram akan melangkah zon RM3100.00 telah dibuktikan dengan catatan harga terkini pada RM3109.00
No comments:
Post a Comment