Salam bahagia untuk anda semua,
Harga seceria keadaan aman di Malaysia.
Alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu yang menggembirakan Pendita dan anda semua terutama bagi pemilik emas fizikal tidak kira samada memiliki emas keluaran Public Gold, Goldcrest pavilion(GCP), atau kedai-kedai emas yang tumbuh bak cendawan.
Sebagai info, harga emas terkini sudah berada di dalam zon take off . Pada zon ini, biasanya menjadi harga perang psikologi dikalangan pelabur. Harga emas akan dinaikkan pada satu target yang tinggi sedikit demi sedikit. Jika sambutan pelabur baik maka pergerakan harga emas akan bergerak secara positif dan pengambilan untung semasa dilakukan tetapi hanya secara kecil-kecilan sebagai penghalangnya.
Walau bagaimanapun harga tetap menarik. lihat sahaja pergerakan harga hari ini bermula pada jam 1:30 pagi hingga posting ini ditulis jam 2:oo petang (18/2/2011) harga emas semasa bermain di sekitar USD1382/oz hingga USD1385/oz.
Menarik bukan kerana kerana ia menaikkan harga Kijang Emas Bank Negara Malaysia setiap ouns pada kedudukan RM4,464.00 daripada RM4,438.00(17/2/2011) yang menjadi asas kepada kenaikan harga emas domestik.
Bagaimana dengan harga emas rujukan Pendita pada jam 2.00 petang?
1. Harga emas yang enak untuk diperap dan diperam selama mungkin. Maka tak perlulah buat jualan emas pada harga termurah di market. Jika mahu menolong rakan membeli emas just call, tetapkan harga, buat perundingan jika teman berminat nak beli, jual sahaja pada teman baik kita. Kaedah ini kita namakan kawan tolong kawan bukan kawan makan kawan kerana sendiri runding sendiri tanggung.
No comments:
Post a Comment