Wednesday, February 16, 2011

SASARAN HARGA USD1380/OZ PENDITA SUDAH MENGHAMPIRI

Salam,

Alhamdulillah harga emas telah mengalami peningkatan pada malam 15/2/2011 , pagi dan tengahari hari ini(16/2/2011).




Lihat keluk harga yang Pendita sasarkan pada hari semalam telah diterjemahkan sebagai berikut :



HARGA EMAS SUDAH MULA MELONJAK KE KEDUDUKAN USD1370 KE USD1377.30/OZ



1. Harga emas menghampiri USD1380/oz.
2. Harga pajakan pada hari ini berada pada RM157.00/g di KPMJ kemungkinan esok harga emas boleh berada sedikit tinggi pada hari ini. Mengapa KPMJ? kerana harga pajakan KPMJ mengikut harga pasaran semasa.

Kesan kenaikan harga harga hari ini.

1. Pelabur mula panik untuk membuat pembelian panik pada kedudukan harga emas yang rendah walaupun pada dasarnya RM20.00 lagi akan menduduki harga RM3100.00 bagi emas 20 gram. Apa perlu dilakukan. Perlahankan jualan anda, buat-buat demand, anda tunggu harga yang dipinta oleh pembeli.

2. Jika terlibat dengan pajakan di KPMJ, anda sudah boleh menukar surat pajak dengan membuat overlap pajakan samada dipanjangkan kepada 2 bulan lagi atau menjadi 6 bulan yang baru. Kaedah dibuat samada membayar upah simpan dan tukar surat pajakan baru atau buat bayaran sebahagian pinjaman untuk menambah lagi tempoh masa pajakan kepada 2 bulan lagi menjadi 8 bulan.




No comments: