Salam,
Harga yang menjadi satu kejutan buat semua peramal emas dunia. Bermulanya minggu ini selepas naik cuti Good Friday, masing-masing peramal harga emas membuka sentimen bahawa harga emas yang baru sahaja memasuki ruang pemulihan dari segi harga hanya bergerak sedikit sahaja dan kebanyakannya menyatakan harga emas statik atau menjunam pada minggu ini.
Namun ia dinafikan dengan pergerakan yang berada di atas bumbung harga pasaran berbanding dengan kelembapan pergerakan harga saham mewah yang terusan merudum akibat tiada petunjuk yang menyakinkan.
Apa-apa pun PE merasa puas sangat apabila keseluruhan harga ramalan yang PE sediakan disapu bersih untuk disamai oleh harga pergerakan sebenar. Cuma tidak pasti bilakan harga emas akan mencecah USD1550 kerana pergerakan harga emas sudah melepasi USD1538 pada malam ini 28/4/2011.
No comments:
Post a Comment