Posting hari ini PE mahu membicarakan, mengapa kita perlu memilih pelaburan dalam rantai emas 999 berbanding dengan rantai emas 916?
Adalah dipercayai pemakaian barang kemas bermula di zaman peradaban Sumeria yang mendiami Selatan Iraq lebih kurang 3,000 tahun Sebelum Masihi. Penemuan terkini mencadangkan aktiviti membuat barang kemas bermula di pantai Laut Hitam di Timur Tengah yang kini dikenali sebagai Bulgaria.(Lanjutan dapatkan maklumat di Muzium Pointe-a-Calliere di Montreal)
Contoh terbaik barang kemas datangnya daripada harta karun King Tutankhanum yang mangkat pada tahun 1,352 Sebelum Masihi. pelbagai teknik membuat rantai, aloi dan dai kasting ditemui dalam kuil Mesir purba. Bangsa Etruscans di Itali pula membangunkan teknik granul atau bebola emas yang dihias pada barang kemas pada abad ke-7 Sebelum Masihi.
Emas tulin sifatnya lembut dan mudah calar. Emas dialoi dan dicampur dengan logam lain bertujuan untuk mengeraskan dan warna yang menarik untuk dijadikan barang kemas.
Aloi-aloi paling popular diseluruh dunia ialah :
- Barang kemas Eropah (18 karat dan 14 karat)
- Britain (9 Karat)
- Portugal (19.2 Karat)
- Amerika (14 Karat dan 10 Karat)
- Timur Tengah, India dan Asia Tenggara 22 Karat atau 23 Karat.
- China, Hong Kong dan sebahagian besar Asia dipanggil "Chuk Kam" atau barang kemas berketulinan 990 (hampir 24 Karat)
Jadual berikut menjelaskan kandungan dan karat.
Persoalannya di manakah kedudukan emas 916 anda?
Kelebihan emas 999 ialah:
1. Harga lebih tinggi dan stabil serta menjadi asas penetapan harga emas yang lebih rendah daripadanya.
2. Kekalnya Purity 999 berbanding emas 916
JIka emas 916 anda mempunyai logam aloi perak 8.4%, perak 5.5% + tembaga 2.8% dan perak 3.2 + Tembaga 5.1% sah purity emas anda akan dibaca sebagai emas 22K. Bagaimana pula jika kandungan logam aloi tidak mengikut standard dari segi jenis dan jumlah peratus.
4. Ketidakstabilan Purity emas 916 ketika dibuat ujian menggunakan mesin densimeter telah berlaku. Kekadang emas bercop 22 k apabila dibuat ujian boleh jatuh sehingga 21K dan 20K dan kekadang 18K. Ini disebabkan oleh logam aloi yang digunakan oleh tukang emas di Malaysia.
Dalam kes ini PE sudah terkena semasa menang barang lelong, daftar barang 22K, pelelong menyebut emas 22K, seteelah menang untuk dipajak emas 22K yang memang tercop 22K dinilai sebagai 21K, 20K dan 18K. Ini membuktikan bahawa emas pelanggan Melayu tidak menepati apa yang tercop pada barangan emas mereka
No comments:
Post a Comment