Alhamdulillah, atas penelitian di awal suku penggal pertama, kita menyaksikan aliran ekonomi dunia digambarkan sebagai positif, tenang dan aman. Kebanyakan negara yang rizab simpanan negara menggunakan tukaran wang asing dan pelaburan saham, mereka menjelaskan bahawa ekonomi telah pulih atas dasar kenaikan harga ringgit berbanding kejatuhan US dolar dan kenaikan harga saham syarikat utama dan besar. Tulis sahaja perjanjian telah dimeterai antara syarikat besar dengan syarikat besar yang lain meletup-letup harga emas naik.
Begitu juga dengan pengeluaran saham IPO baru yang mendapat sokongan kerajaan berdesup-desup naik. Mereka semua senyum meleret kerana belian mereka ke atas setiap lot memberikan keuntungan yang besar melebihi ratusan ringgit .
Namun kini apa terjadi dengan harga saham semasa. Yang bertahan adalah saham-saham dikaunter yang terkenal. segalanya disebabkan perubahan ekonomi dunia bermula dengan bencana alam dibeberapa dunia, penggulingan ke atas kerajaan diktator di Timur Tengah dan terbaru kejadian bencana alam di Jepun memberi tempias kepada semua syarikat yang ada kepentingan dengan Jepun.
Menjelang tahun 2011, harga emas digambarkan akan naik oleh kebanyakan pakar-pakar pelaburan emas termasuk Pendita Emas ke paras USD1500. Ia sangat diyakini oleh kita kenaikannya sehingga di awal Disember 2010 ia telah melepasi harga pasikologi USD1420. Rupa-rupanya hasrat berkenaan tidak kesampaian sehinggalah menjelang perayaan Krismis, harga harapan USD1500 tidak kesampaian.
Januari 2011 harga emas menurun ke paras USD1320 dan hanya sekali melepasi USD1400. Tetapi selepas itu terus merudum ke paras lebih rendah sehingga ke paras USD1305/oz sehinggalah penghujung bulan Mac 2011 barulah melepasi USD1445. Walau bagaimanapun ia ditutup pada 1 April 2011 pada paras USD1428 semula.
Tiga bulan lamanya, PE rasakan semua pelabur emas yang memiliki modal terhad dan emas fizikal merasa keperitan disebabkan harga emas fizikal dibeli pada harga tinggi terus merudum harganya. Impaknya, beberapa pelanggan yang membeli menggunakan kaedah Easy Payment Plan (bayaran empat kali) mengambil peluang mengingkari perjanjian jual beli.
Kebanyakan Upline menghadapi dilema atas tindakan pembeli runcit. Akhirnya berlakulah lelongan emas fizikal dikalangan teman-teman PE. Tanya sahaja kepada mereka yang membeli emas 20g pada harga RM3265/pc di awal bulan Disember 2010, kemudian harga emas merudum sehingga ke paras RM 3020/pc tentu mengubah persepsi semua pelabur baru bahawa melabur emas sebagai indah khabar dari rupa.
Ramai yang mempertikaikan bahawa keuntungan yang dikatakan setahun melebihi 28% hanya satu momokan untuk menarik pelanggan. Panik memang panik kerana harga emas jongkong dan kadar pajakan yang tinggi tidak berubah-ubah. Maka dealer-daler mengatakan, sabar sahaja kerana harga emas akan naik nanti. Lagi lama di simpan lagi banyak keuntungan diperolehi. Itu sesuai diucapkan kepada pelabur yang tidak tahu ke mana wang yang melambak mahu dilaburkan. Kepada mereka yang pendapatannya ciput banyak soalan yang perlu kita jawab.
Ya begitulah keadaan pelabur emas fizikal selama 3 bulan yang lalu. Kini rintihan lalu dan realiti hidup membuat terjemahan sebaliknya. Pemilik emas fizikal mendapat kelebihan atas kejadian ini. Kenaikan harga emas masa kini membantu mereka melawan serangan inflasi. Jika pelaburan emas 20g sebelum ini dibeli dengan harga RM3160 kini harganya telah meningkat kepada RM3284.
Catatan sejarah terkini, rata-rata di kebanyakan negara mengalami kadar inflasi yang tinggi termasuk negara kita dengan kadar inflasinya meningkat kepada 2.9% dalam suku pertama tahun 2011. Kes ini menjadi satu perkara yang membingungkan Bank Negara Malaysia samada kenaikan disebabkan atas faktor ekonomi semasa atau Indek Barangan Pengguna.
Justeru itu, untuk meningkatkan BLR atas faedah pinjaman yang akan dimesyuaratkan pada awal Mei 2011, Bank Negara mengumumkan akan membuat kajian menyeluruh ke atas kenaikan inflasi terkini. Tekanan ini turut dihadapi kebanyakan negara yang tidak mempunyai sumber utama dunia seperti minyak dan emas dilihat mengalami tekanan demi tekanan.
Berbalik semula pada bulan-bulan Januari hngga Mac 2011, adalah waktu yang sangat sukar untuk PE membuat harga ramalan emas semasa sangat kerana harga lebih suka berada dalam keadaan tidak stabil. Dihujung setiap minggu harga memihak berada pada paras rendah. Untuk mendapat keuntungan yang tinggi juga sukar kerana harga melepasi harga bidaan sukar ditemui. Kita memerlukan masa yang lama sehingga menempuh masa dua minggu baru kita menemui harga lebih tinggi daripada harga yang kita bida.
Dikala itu kita menyaksikan keuntungan yang diperolehi oleh pasaran emas antarabangsa adalah kecil, walau bagaimanapun risiko kerugian yang dialami pelabur adalah kecil atau tiada langsung kerana spread pelaburan emas semasa adalah kecil iaitu USD2 sahaja.
Kini harga emas sudah naik secara ekstrim. Lihat sahaja harga emas pada tarikh 4/4/2011 hingga 8/4/2011 telah mencanak naik seterusnya membina satu harga baru yang PE jangkakan akan melepasi harga USD1520 dalam minggu ini(11/4/2011 - 16/4/2011)
Diringkaskan harga harapan PE pada minggu ini ialah:
Harga buka :USD1475
Volume harga di target : naik melebihi USD20
harga sasaran minima minggu ini : USD1495
Harga sasaran paling maksima : USD1508
Harga Bonus disasarkan : USD1512
Harga Bonus Tertinggi : USD1515
Rekod harga minggu ini : USD1515
Alasan Pendita Emas adalah seperti berikut:
1. Pergerakan harga emas sentiasa konsisten pada 4/4/2011 hingga 8/4/2011. Ini menandakan harga emas akan terus diikat pada kedudukan harga yang tinggi pada minggu ini (11/4/2011-15/4/2011). Harga emas masa kini memihak untuk meningkat naik.
2. Terdapat pertambahan penawaran tunai (permintaan) di pihak pelabur yang sedia bagi membeli emas yang dijual dalam pasaran emas antarabangsa kerana permintaan dalam sektor isi rumah, industri dan permintaan simpanan emas sesebuah negara semakin membesar.
3. Kejatuhan nilai mata wang US dolar yang diumumkan pada hujung minggu ini yang semakin meruncing menyebabkan beberapa negara yang berpaut dengannya merubah polisi sistem monitery masing-masing. Emas adalah pilihan yang paling baik bagi mengelakkan kesan ekonomi semasa.
Rumusan urutan ramalan harga emas Pendita pada minggu lepas pada 4/4/2011 - 8/4/2011 seperti berikut:
1. Harga emas dijangka naik melepasi USD10 pada 3/ April 2011
2. Harga sasaran meningkat naik US1438 (sasaran USD10 tercapai)
3. Tak nak cakap banyak harga emas melepasi harga minima USD1450 pada malam ini (5/4/2011)
4.Harga emas semasa pada 6/4/2011(6.00am hingga 2.00pm berada pada posisi USD1450 ke atas
5. Wow, menyeronokan !, petang Rabu 6/4/2011 harga emas semasa bertambah rancak menuju ke USD1460
6. harga emas semasa telah melepasi harga sasaran tertinggi PE pada minggu ini melebihi USD1465 dan dijangka menghampiri USD1472
7. Harga emas melepasi USD1460 pada jam 18:45(Rabu 6/4/2011)
8. Bonus ramalan harga emas maksima PE malam ini melepasi USD1465 kepada USD1469
9. Harga emas menuju ke harga ramalan baru melepasi USD1472 ke USd1475
No comments:
Post a Comment