Alhamdulillah harga emas kian memeluwap dengan melepasi paras harga tertinggi yang PE sasarkan melebihi paras USD1532 jam 12:41pm pada tanggal 28/4/2011 waktu tempat PE bermastautin di Johor. Ini bermakna PE menantikan harga emas semasa untuk beralih ke paras harga bonus USD1550.Mahu tahu sasraan harga PE klik sini.
Bila akan tercapai hanya masa akan menentukan. Walau bagaimanapun jika sasaran harga minggu ini tidak tercapai, tercapai pada paras USD1537 sudah memadai seterusnya akan menjadikan harga penutupan emas minggu ini melepasi USD1527 yang PE sasarkan.
Berdasarkan keluk harga harian emas di atas PE menjangkakan kita hanya mampu menjana keuntungan kecil jika dibayangi dengan garisan harga biru. Ini bermakna harga emas akan membuat sideaway dalam jangkamasa panjang. Ini bermakna pelabur perlu sentiasa mengadap pergerakan harga emas semasa pada hari ini. Jika ditinggalkan harga yang diharapkan akan meninggalkan kita.
No comments:
Post a Comment