Wednesday, April 20, 2011

KEUNTUNGAN SEDIKIT DITERIMA HASIL KENAIKAN HARGA EMAS PADA PARAS USD1504

Salam,

Ketika posting ini dinukilkan, Waktu di Johor ketika ini jam 5:00 petang tanggal 20/4/2011. Menarik bukan harga yang baru melepasi USD1501 telah meningkat naik pada harga USD1504 ke atas. Senang kata harga harapan pada hari ini kepada USD1510 akan kesampaian juga insyallah.


Rasanya pergerakan harga mengikut line harga (kuning) yang PE lakarkan pada jam 2:00 petang tadi dikira menjadi juga. Ya lah sasaran harga PE kali ini menaik sahaja. Belum terpikir pula untuk mensasarkan harga menurun menjadi "bear price".


Lihat sahaja patern harga pada sesi petang 20/4/2011 menunjukkan aliran harga yang berterusan meningkat biarpun dalam bentuk side away tetapi memperlihatkan kenaikan harga yang dihajati jika dilihat secara mikro. Bagi mendapatkan keuntungan maksima gunakanlah view aliran harga emas dalam kadar penilaian harga setiap seminit.


Mengikut catatan analisa harga PE, lama juga harga ini diharapkan untuk dilepasi. Selepas 5 bulan bermula pada bulan November 2010 lagi, USD1500 dicanangkan bakal dicapai samada oleh PE sendiri atau pihak peramal harga emas dunia.

Rasanya sehingga hujung minggu ini tiada pergerakan harga side away (pergerakan harga lebih bersifat bubble) sebaliknya PE mengharap kepada bentuk positif iaitu naik harga maka naiklah permintaan serta berkurangnya penjualan/penawaran.

Kebaikan harga ini ialah harga setiap unit saham yang PE beli mendatangkan keuntungan walaupun dalam masa sama PE melakukan aktiviti lain di padang melatih pasukan hoki sekolah. Kemudian buka seketika laptop kelihatan harga emas telah naik.


Ketika ini lupakan sikap tamak untuk menanti kenaikan harga emas berterusan sebaliknya buat jualan terus. Perlu buat jualan singkat mengambil untung kerana seketika nanti harga akan merudum sedikit sebagai tindakbalas kita buat pembelian semula unit ketika harga kembali rendah.

Contohnya harga jatuh sehingga USD1496 ketika PE sedang sibuk menaip posting ini sebanyak 4 kali membuat bunjee jumping bayangkan kalau keempat harga PE follow. Wow tentu mendapat USD36.00 sekelip mata. Tetapi PE terlepas pandang sudah. Jika PE follow harga ini dan beli seaun dengan harga USD1496 jual pada harga USD1505 bayangkan sudah tentu PE dapat menjana pendapatan sebanyak USD9.00 bagi setiap kali jualan.


Jom buat kajian jumlah emas yang beredar dalam pasaran berbanding harga emas.



Berikut adalah amount yang PE terima sebagai keuntungan atas jualan unit saham yang PE beli 3 jam tadi menjana juga pendapatan sebanyak USD0.95. Macam mana mahu mendapatkan keuntungan setiap masa call sahaja PE untuk mendapatkan pandangan dan nasihat.



No comments: