Friday, June 7, 2013

USD1450/aun sasaran harga emas mingguan bertarikh 10 hingga 14 Jun 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua rakan,

Hari ini Jumaat, 7 Jun 2013, Pendita Emas membuat pendirian bahawa harga emas akan mulai melonjak dan berada sekitar USD1400 sepanjang minggu.

Sasaran ini adalah lanjutan daripada posting pada 4 Jun 2013 dimana salah satu kandungan yang ada dijelaskan sebagai berikut:


Pergerakan harga emas bakal menuju USD1450 berdasarkan analisis teknikal berikut:

a. Teknikal : Candlestick bullish dominan


i. Candlestick sedang berada pada kedudukan reveasal bullisah dan bertahan semala 3 minggu termasuk minggu ini.
ii. Candlestick sedang menanti untuk memancung Parabolic SAR. Jika tidak berlaku pada hari ini insyallah minggu hadapan tetap akan berlaku untuk memastikan harga emas dunia berada dalam kelegaan setelah berbulan menghadapi harga tekanan.

b. Harga penutupan minggu bertarikh 4 hingga 7 Jun 2013 pada area USD142x.00

Jika dilihat carta harga 1H, harga USD142x/aun boleh diterjemahkan pada malam ini atas beberapa faktor:

i. Forex : USD mengecut berbanding matawang dunia lain.


ii. Faktor fundamental mulai menyokong harga emas


No comments: