Wednesday, June 5, 2013

ADAKAH AKAN KEKAL KENAIKAN TIPIS HARGA EMAS MELEBIHI USD1400/AUN PADA 5 JUN 2013?

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Kembali semula kepada posting harga emas semasa dunia. Semalam 4 Jun 2013 dalam posting
"Bagaimana harga emas fizikal Malaysia pada 4 Jun 2013" 
telah menjelaskan bahawa kenaikan harga emas bakal berlaku tetapi sentiasa dalam tekanan secara teknikal. Walaubagaimanapun faktor fundamental semasa sentiasa mengiringi pergerakan harga emas semasa dunia.

Berdasarkan faktor teknikal dan fundamental semasa termasuk laporan-laporan yang lalu berikut sasaran harga emas dunia selanjutnya terutama pada minggu hadapan dengan target USD1450/aun.

Sasaran harga USD1450 mulai minggu hadapan bertarikh 10 hingga 14 Jun 2013

Berbalik kita kepada pergerakan harga emas pada hari ini 5 Jun 2013, alhamdulillah bunga-bunga ke arah USD1450/aun sedang berlaku. Terkini harga sudah menyentuh USD1410/aun


Secara teknikal, Pendita Emas mengharapkan harga mingguan terlebih dahulu akan membocori siling harga USD1421/aun dimana letaknya bebola terakhir Parabolic SAR dicantas oleh candlestick bullish. 





No comments: