Salam buat semua teman,
Pendita Emas merasakan bahawa semua rakan Pendita Emas rasa kecewa akibat daripada kejatuhan harga emas fizikal tempatan yang dipengaruhi oleh pergerakan harga emas dunia. Bukan sebulan tetapi setahun, ehh bukan setahun tetapi sudah mahu masuk 2 tahun sejak September 2011.
Kesannya sangat dirasai oleh semua pelabur emas seperti:
i. Leburnya pegagangan emas fizikal akibat dari kegiatan manipulasi emas menggunakan wang pajakan.
ii. Margin keuntungan hasil jualan semakin menipis apabila harga semasa emas fizikal domestik menghampiri harga kos.
iii. Harga emas menyusut sehingga RM40/gram menyebabkan logam kuning tiada nilai bagi pelabur yang sudah lama terlibat.
iv. Segala promosi pelaburan emas masa kini seperti aktiviti mencurahkan air ke daun keladi dan mendapat momokan dari pelabur baru.
v. Pelabur lama yang masih bertahan melupakan seketika usaha menarik pelabur baru dengan mengamalkan teknik trading emas fizikal dengan pelbagai gaya.
Mulai melabur dalam logam putih mulai 7 Jun 2013
So, apa cadangan yang Pendita Emas lontarkan sekarang?
SILVER PRICES
iShares SILVER TRUST ETF
NYSE: SLV
Jun 05
Today 5d 1m 3m 1y 5y 10y
i. Alhamdulillah harga logam putih Silver berada pada kedudukan terendah ketika ini ke paras $21.76/aun. Adakah harga silver menjunam lagi kita ikuti faktor fundamental yang tersembunyi.
Mengikut sejarah, sebelum harga silver melonjak dalam pasaran antarabangsa, harga logam putih bermula pada paras $17.00/aun dan dalam tempoh 7 bulan dari bulan April hingga September 2011 harga logam putih telah melepasi $49.00/aun. Ini bermakna peningkatan harga boleh berlaku lagi.
ii. Kajian-kajian pakar mendedahkan harga silver bakal mengalami kenaikan pada 2013 hingga 2014.
iii. Ada pakar mengatakan harga silver bakal melepasi $250/aun.
iv. Harga emas dijangka melepasi USD3700 pada tahun 2016(Sasaran pada November 2012)
Apa kaitan harga emas dengan silver? Sebenarnya kedua-dua komoditi ini saling pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain. Ini bermakna jika harga emas melonjak secara positif harga silver juga terangsang untuk melonjak sama.
No comments:
Post a Comment