Pelaburan emas telah lama berada di negara kita. Sekitar tahun 2004 hingga 2007 kami lebih menumpukan kepada akaun simpanan emas sahaja. Pada masa itu harga emas memang sangat rendah. Segram sekitar RM60.00 kemudian melonjak kepada RM80/g. Kemudian terus naik tahun demi tahun mulai 2008.
Untuk memudahkan pengiraan dalam gram,
buat pembahagian line harga -:-4.25gram=harga gram semasa
buat pembahagian line harga -:-4.25gram=harga gram semasa
Di waktu itu kenaikan harga emas berdasarkan nilai ringgit nie kami anggap kecil. Kami anggap ia sama seperti kenaikan harga Public Mutual walaupun naik hanya dalam sen tetap menguntungkan jika kita melabur dalam jumlah tunai yang besar. Sebab itu rakan-rakan kami yang masuk lebih awal dalam pelaburan emas ini sudah lena kerana minda kami telah tertanam dengan spekulasi harga pasaran saham dengan cara biarkan masa berlalu setahun, dua tahun, tiga tahun sampai masa kutip untung.
Kepada teman-teman mulai hari ini marilah kita memperbetulkan semula minda kita yang selama ini terpedaya dengan gaya spekulasi pasaran saham kepada gaya lebih ekstrim meraih untung dengan menjana pendapatan melalui pelaburan emas dengan dengan mengenepikan apa yang orang lain kata sebelum ini bahawa jongkong emas dan dinar emas susah nak dipajak, susah nak dijual, tak mendatangkan untung, rugi kerana spread harga besar jika dijual.
Kita ubah minda kita kepada pemikiran berikut:
1. Simpanan Emas Terhad tetapi Permintaan Sentiasa Tinggi
Kita kena sedia maklum bahawa emas tersimpan dalam kerak bumi adalah terhad. Hasil kajian emas menjadi bahan konduktor yang efisen dalam industri elektronik. Pembuangan emas telah berlaku dalam unit miligram tanpa direcycle semula terkandung dalam prosesor komputer, telefon bimbit dan dalam lain-lain perkakasan elektronik. Ini bermakna info mengenai kegunaan emas secara tidak sengaja menyedarkan kita, bahawa suatu hari emas menjadi bahan mentah dalam perindustrian. Penyimpanan berdikit-dikit dari sekarang memberik keuntungan masa depan.
2. Komoditi paling bersinar sejak zaman pra sejarah
Emas sudah dikenali sejak zaman nabi-nabi Allah. Salah satu yang terkenal ialah sejaran Qorun yang terkenal sehingga kini tentang harta karun. Sebut harta karun semua akan membayangkan emas dan permata. Menjadi alat pertukaran mata wang, dinar telah distandardkan nilainya 1dinar =4.25gram sejak zaman Syaidina Umar. Alat ukuran kekuatan sesebuah negara, elak Siam melanggar Kedah, kedah hantar bunga emas.
3. Menjadi senjata serangan inflasi
Inflasi merupakan perkara yang merisaukan sesebuah negara. Dengan inflasi rakyat porak peranda. Semua barang akan naik harga sedangkan nilai wang disandar makin mengecut menjadikan kuasa beli mengecil. Tambahan wang diperlukan untuk mendapatkan barang yang diperlukan. Ketika itulah emas berfungsi menyediakan wang yang kita perlukan melalui pajakan atau jualan terus. Contoh inflasi naik 10% setahun , kita anggarkan nilai ringgit yang mengandungi nilai 100 sen akan menyusut kepada 90 sen, 80 sen dan seterusnya. Ini bermakna kita kena sediakan 110 sen, 120 sen dan seterusnya untuk mendapatkan barang keperluan.
4. Emas Menjana keuntungan dalam pelbagai cara
Di sini saya akan menyenaraikan penjanaan keuntungan emas secara makro bergantung kepada falsafah, prinsip, komitmen dan disiplin diri masing-masing iaitu:
- Disimpan lama nilai semakin bertambah
- Boleh dibeli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi
- Boleh membuka syarikat peminjaman wang berlesen dengan wang pajakan emas diberi pinjam pada yang memerlukan anda kenakan faedah yang tinggi
- Boleh menjadi modal perniagaan lain menggunakan wang pajakan
- Menjadi stokis emas jika ada modal RM5,000,000.00 jika mahu untung maksima dalam pelaburan emas
- Wang pajakan emas boleh digunakan membeli surat pajak, emas pajak, dan barangan emas lelong,
- menjadi sumber pendapatan alternatif harian, mingguan atau bulanan menggantikan gaji bulanan
- Nilai masa emas yang tinggi melebihi 20% dalam setahun mengatasi dividen dan bonus ASB
No comments:
Post a Comment