Saturday, July 24, 2010

Perbezaan Nilai Masa Wang Dan Nilai Masa Emas

Salam sejahtera sahabatku.

Pernah dengar nilai masa wang dan nilai masa emas? jika belum pernah mari kuperjelaskan sepintas lalu apa pengertian bagi kedua-duanya.

Nilai masa wang ditakrifkan sebagai nilai seringgit pada masa kini mempunyai nilai yang tinggi pada tahun-tahun akan datang samada dalam setahun, dua tahun atau puluhan tahun dengan syarat ia disimpan di dalam bank dan ada ikatan kontrak. Keuntungan atau pulangan yang diterima bergantung kepada faedah yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh

Anda ingin mengira nilai masa depan wang anda atas simpanan RM100,000.00 dalam bank selama 1 tahun dengan kadar 10% setahun. Ia dapat dikira seperti berikut:

FV= Nilai masa depan penyimpanan/pelaburan kita
i = Kadar faedah (atau diskaun) setahun
PV = Nilai kini atau jumlah asal wang pelaburan/simpanan di awal tahun

FVi = PV(1+i)1
= RM100,000.00 (1 + 0.10)
= RM100,000.00(1.10)
= RM110,000.00

Ini bermaksud genap setahun simpanan anda bertambah RM10,000.00 kepada RM110,000.00

Jika anda ingin mengira nilai masa depan wang anda atas simpanan RM100,000.00 dalam bank selama 5 tahun dengan kadar 10% setahun dapat dikira seperti berikut:

FV= Nilai masa depan penyimpanan/pelaburan kita
i = Kadar faedah (atau diskaun) setahun
PV = Nilai kini atau jumlah asal wang pelaburan/simpanan di awal tahun

FVi = PV(1+i)5
= RM100,000.00 (1 + 0.10) (1 + 0.10) (1 + 0.10) (1 + 0.10) (1 + 0.10)
= RM100,000.00(1.61)
= RM161,000.00

Ini bermaksud genap lima tahun simpanan anda bertambah RM61,000.00 kepada RM161,000.00

Adakah pendapatan ini berkat dari segi hukum syaraq?

Nilai masa emas ialah sebagai nilai emas segram pada masa kini mempunyai nilai yang tinggi pada seminit, sejam, sehari atau seminggu. Bermaksud nilai emas masa kini sentiasa berubah setiap saat mengikut turun naik harga emas semasa dunia. Sesiapa yang memiliki seketul emas walaupun segram di dalam rumah, gua, bank atau pajak gadai akan sentiasa mendapat kesan kenaikan harga emas semasa.

Jika anda membuat pelaburan beli dan jual emas menggunakan wang simpanan RM100,000.00, berapa wang tunai yang anda perolehi dalam masa seminggu sahaja.

Menggunakan carta pergerakan harga semasa emas Public Gold di bawah, saya cuba menggunakan 2 tarikh dagangan emas iaitu 20/7/2010 hari selasa minggu ini sebagai awal dagangan berada pada paras RM2745.00 bagi 20 gram bermakna harga emas pada paras RM137.25/gram dan kita bandingkan dengan harga pada penutup dagangan emas mingguan pada 24 julai 2010 hari Sabtu RM2757.00, segram emas bersamaan RM137.85. Pada hujung minggu segram emas yang dibeli naik pada RM0.60



Dengan menggunakan wang RM100000.00 pada 20 julai 10 anda membeli emas pada harga RM137.25/g, anda telah dapat memiliki ketulan emas seberat 728 gram dengan harga RM99918.00 dengan simpanan anda berbaki RM82.00

Kemudian anda jual kembali emas pada harga RM137.85 pada 24 Julai 2010, anda mendapat RM100,354.80 (728 gram X RM137.85). Diandaikan jualan anda dalam setiap minggu dapat keuntungan RM354.80. Berapa keuntungan Setahun?

keuntungan setahun =RM354.80 X 4 minggu X 12 bulan
=RM17030.40

Jelas keuntungan RM17030.00 atas jualan emas telah melepasi untung simpanan tunai RM100,000.00berfaedah 10% setahun (RM10,000.00). Perbezaan keuntungan antara nilai emas dalam setahun dengan simpanan berfaedah 10% sebanyak RM7,030.00. Nilai masa depan emas lebih berkuasa daripada simpanan tunai.

# Walau bagaimanapun dalam dunia realiti harga emas berbeza setiap saat dan pihak Public Gold akan memaparkan harga emas terkini setiap 20 minit. anda akan mendapat lebih keuntungan sebenarnya.

Pesanku: anda jana sendiri anda nikmati sendiri.

No comments: